Berita Semasa

Berita Semasa (118)

JRKV PMS PAMER HASIL KARYA SENI DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Pelajar JRKV terpilih dalam mempamerkan hasil karya seni peringkat Antarabangsa bertempat di Telkom University, School of Creative Industries, Cornerstone Paskal, Bandung, Indonesia bertemakan ‘Fashion Waste Fairy’ dibawah seliaan Pn. Zulina Kamarulzaman.
Pelajar yang terlibat
 
1. Nur Amira Natasya binti Mohd Redzuan
2. Sofea Balqis binti Nutman
 
Tahniah dan syabas diucapkan dan semoga pelajar JRKV PMS terus cemerlang dalam menempa nama di peringkat Antarabangsa.
20.10.2023 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN (SEPTEMBER/OKTOBER) 2023 & APRESIASI KECEMERLANGAN PMS
 
Majlis perhimpunan bulanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan serta warga kerja PMS. Tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini adalah JKM dan JTMK dengan kerjasama UIDM.
Perhimpunan bulanan pada kali ini disambut bersekali dengan Hari Akademia 2023 di peringkat Politeknik Muadzam Shah. Pada majlis ini turut diadakan kutipan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin.
 
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga ia menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada semua staf PMS terutamanya para akademik untuk terus maju dan berjaya.
18 - 22.10.2023 (RABU - AHAD) : PROGRAM KURSUS PENSIJILAN PROFESIONAL KPT-PACE (ADOBE AFTER EFFECTS) TAHUN 2023 JPPKK BERSAMA UMPSA
 
Program lima (5) hari ini telah berlangsung di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dengan penglibatan seramai 33 orang pelajar dan empat (4) orang pensyarah daripada Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual (JRKV), PMS.
11.10.2023: MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI (COC)
 
Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi (COC) antara Politeknik Muadzam Shah dengan 7 industri dan 1 buah sekolah telah diadakan sempena Karnival Stem PMS 2023 iaitu:
- Noble Ventures
- Siasitok Sign Language Academy
- Seduh Kopi
- Bos Retort Resources
- GK Aqua Sdn Bhd
- Kopita Coffee Contractors
- Innovabots Solutions
- SMK Chanis
 
Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains & Komputer dengan kerjasama Unit CISEC dan Unit Keusahawanan, PMS.

Kejohanan Dart Berpasukan MAKSAK Pahang 2023

Kejohanan ini telah diadakan di dewan Stadium Darul Makmur. Sebanyak 15 agensi dan jabatan kerajaan telah menyertai kejohanan ini. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pasukan Dart PMS yang telah berjaya mendapat tempat ke 3.
 
Pasukan Dart PMS diketuai oleh Hj Badrul Hakimi selaku Ketua Pasukan dan En Rizal Azman Bin Rifin selaku Pengurus Pasukan.
04.10.2023 (RABU) : HUMAN CENTERED DESIGN FOR FUTURE SOCIETY (HuCEAD) 2023
 
Program anjuran Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Politeknik Muadzam Shah telah dijayakan dengan cemerlang melibatkan semua pelajar dan pensyarah JRKV. Program webinar peringkat Antarabangsa ini melibatkan 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Semoga dengan program ini dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan negara luar serta bertukar pendapat dan idea terutama dalam bidang design. Terima kasih buat semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
04.10.2023 (RABU) : Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Muadzam Shah.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri PMS Bil.1/2023 telah berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan yang telah dihadiri AMP dan 9 orang Penasihat Industri.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohamad Hariri bin Abdullah selaku Penasihat PEREKA.
 
Semoga jalinan kerjasama PMS dan Penasihat Industri dapat meningkatkan dan memperkasakan institusi TVET khususnya PMS.

Program Career Guidance Seminar - MyFutureJobs PERKESO

03.10.2023 (SELASA) : Program Career Guidance Seminar - MyFutureJobs PERKESO
Program ini telah berlangsung di Dewan Seri Gading yang melibatkan pelajar semester akhir semua jabatan anjuran Unit CISEC & Unit Psikologi dan Kerjaya PMS.
Penceramah terdiri daripada Pegawai PERKESO Pahang iaitu Pn.Syazwani binti Mohd Tajudin, Cik Dang Teh Hidayag binti Hamitaf, En.Ibrahim bin Jama Huri dan En.Muhammad Syazwan bin Noorzaidrul.
Antara pengisian program ialah informasi berkaitan PERKESO, penyediaan resume, persediaan menghadapi temuduga dan portal MyFutureJobs.

Konvokesyen PMS Kali Ke-16 diadakan pada 17 September 2023 bertempat di Dewan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan yang berlangsung dua sidang Sesi : Sesi II 2021/2022 dan Sesi I 2022/2023. TAHNIAH PARA GRADUAN

Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023

Seramai dua (2) orang staf dan lima (5) orang pelajar PMS telah dipilih untuk menyertai Kontinjen Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023.
 
SiPMA 2023 berlangsung pada 10 hingga 17 September di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak dengan melibatkan lapan majlis sukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan KPT.
 
Dua (2) orang staf PMS yang terlibat adalah Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusoff selaku Ahli Majlis Tertinggi MSP merangkap Pengerusi PKAT Olahraga Politeknik dan En. Azlan bin Ali (Ketua Kursus Kokurikulum – JSKK) merangkap Pengurus Pasukan Olahraga.
 
Lima orang pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :-
1. Nur Aliya bte Ahmad Suhaili - DAT (JP) - OLAHRAGA
2. Keshvicc Rubaness A/L Srimahran – DRA (JKM) - OLAHRAGA
3. Noraqilah bte Baharom - DRT (JPH) - BOLA JARING
4. Nurnajihah bte Mohd Sukri - DRT (JPH) - HOKI
5. Muhammad Hakimi bin Hairilnizam - DMC (JRKV) – BOLA SEPAK