Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP) merupakan unit sokongan di Politeknik Muadzam Shah (PMS) yang ditubuhkan pada tahun 2004. Unit ini diterajui oleh Ketua Unit dan staf-staf dalam kalangan penolong jurutera dan pembantu kemahiran.


SKOP
UPP ditubuhkan bagi tujuan berikut :
1) Menaiktaraf bangunan, penyelenggaraan sistem, penyelenggaraan berkala dan mengurus serta menyelenggara kenderaan jabatan.
2) Memantau projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan oleh kontraktor bagi memastikan Politeknik Muadzam Shah berada dalam keadaan yang kondusif, selesa, sempurna dan selamat.
3) Menyediakan fasiliti berkaitan untuk majlis-majlis rasmi politeknik.
4) Memastikan semua peralatan, mesin dan sistem berfungsi dengan baik untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

OBJEKTIF
Unit ini bertanggungjawab memastikan kemudahan infrastruktur dan fasiliti di Politeknik Muadzam Shah sentiasa berfungsi pada tahap yang memuaskan agar dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Politeknik.

PROSEDUR KERJA (ADUAN KEROSAKAN)
1) Semua staf PMS perlu melaporkan kerosakan infrastruktur sama ada di bangunan akademik/ unit dan kuarters dalam sistem e-complaint.
(klik SISTEM e-COMPLAINT)

2) Penolong Jurutera/ Pembantu Kemahiran akan menyemak kerosakan dan sekiranya boleh dibaiki akan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja. Status kerosakan dan pembaikan akan dimaklumkan kepada pengadu melalui sistem e-complaint.