Unit Komunikasi Korporat bertanggungjawab dalam memelihara dan menambah baik imej Politeknik Muadzam Shah dan mempromosi program-program melalui strategi perhubungan awam yang sistematik dan berkesan. Unit Komunikasi Korporat juga merupakan barisan hadapan dalam urusan khidmat pelanggan dan aduan awam.

OBJEKTIF
Mewujudkan jalinan komunikasi sebaran maklumat menerusi promosi dan publisiti secara keberhasilan, serta menguruskan sistem pengurusan balas/aduan yang telus, cekap dan berkesan.


SKOP UNIT
Unit Komunikasi Korporat akan memastikan kelancaran komunikasi dan penyaluran maklumat berintegriti. Mempromosi aktiviti dan program Politeknik Muadzam Shah menerusi media cetak, elektronik serta bertanggungjawab mengurus publisiti. Memastikan setiap aduan pelanggan dijawab dalam masa 2 minggu bekerja selepas aduan diterima.

RANGKAIAN SOSIAL MEDIA RASMI PMS:
IG: https://www.instagram.com/polytechnicmuadzamshah
FB: https://www.facebook.com/PolytechnicofMuadzamShah