Berita Semasa

Berita Semasa (118)

Program Viscom Silver Bersempena Sambutan Jubli Perak Politeknik Ibrahim Sultan Peneraju High Arts Dalam Ekosistem TVET
Program ini menggabungkan 5 Politeknik yang mempunyai Jabatan JRKV iaitu;
 
1. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
2. POLITEKNIK MUADZAM SHAH
3. POLITEKNIK BESUT
4. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
5. POLITEKNIK METRO TASIK GELUGOR
 
Turut hadir bersama adalah Ts. Hj. Muhammad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan diiringi oleh wakil Pengarah PMS iaitu En Shahrul Nizam bin Mohamed selaku Timbalan Pengarah Akademik PMS.
14.05.2023 (AHAD) : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MALAYSIAN POLYCC INTERNATIONAL ORIENTEERING CHAMPIONSHIP
Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Malaysian PolyCC International Orienteering Championship telah disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung pada jam 10.30 pagi bertempat di Padang Hoki, Kompleks Majlis Sukan Pahang.
PMS menghantar 4 orang atlet dalam pertandingan dibawah International Orienteering Federation (IOF), kategori World Ranking Event (WRE) dan National Ranking Event (NRE): Malaysia Polytechnic International Orienteering Championship 2023, anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), bermula 12hb hingga 14hb Mei 2023.
Pasukan ini telah berjaya menamatkan pertandingan untuk kedua-dua hari dalam kategori terbuka lelaki dan wanita bawah 21 tahun, bersaing bersama-sama atlet luar negara seperti Jepun, Singapura, Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Switzerland. Atlet lelaki PMS Mohammad Syofi Bin Mohamed Amin telah berjaya menempatkan diri dikedudukan 10 terbaik atlet bawah 21 tahun yang didominasi oleh atlet dari Taiwan.
Seluruh warga PMS mengucapkan syabas dan tahniah buat pasukan PMS O Team, moga terus gemilang di kejohanan seterusnya.
Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah menyertai Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai.
PMS telah menyertai 6 kategori pertandingan dan memperoleh 1 emas dan 4 gangsa iaitu:
?Gold bagi AirDrone line follower
?Bronze bagi AirDrone mission delivery and tower inspection
?Bronze bagi simurosot racing car
?Bronze bagi aibot voice challenge
?Bronze bagi business n innovation
Tahniah diucapkan kepada team PMS Muadzsterdam pemenang dan juga peserta atas kegigihan dan komitmen padu.
Terima kasih Tuan Pengarah PMS dan TPA PMS turut hadir di Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah, Tahniah dan terima kasih kepada semua warga PMS yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk 16th FIRA.
 
Program selama 3 hari dibawah kursus DTM40144-Expedition ini dianjurkan oleh pelajar semester 4 (DRT4A) Diploma Pelancongan Rekreasi dalam melaksanakan program CSR di Vietnam.
 
Pada jam 6.55 pagi hari Selasa pelajar DRT4A telah bertolak dari KLIA2 ke Saigon Airport. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang hari pertama di Vietnam adalah lawatan ke War Museum, melihat pembinaan City Hall, makan tengah hari di restoran halal Hajah Basirah sebelum menunaikan solat jamak di Masjid Jamia India.
 
Aktiviti berikutnya adalah meninjau bahagian luar bangunan Opera House, berjalan di sekitar kawasan Book Street, mengedarkan questionaire kepada para pelancong dan orang tempatan di Post Officeserta membeli belah di Ben Than Market.
03 Mei 2023 (RABU) : BENGKEL PENYEDIAAN RESUME DAN PERSEDIAAN TEMUDUGA KERJAYA
Penyelaras Alumni JTMK dan Penyelaras Kerjaya JTMK telah bekerjasama menganjurkan program Tips Alumni : Bengkel Penyediaan Resume dan Persediaan Temuduga Kerjaya. Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Farhan Hanis yang merupakan Alumni JTMK tahun 2011. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar Semester 5.
 
Antara perkongsian yang disampaikan oleh penceramah ialah membantu pelajar menyediakan resume, memilih karier yang sesuai dengan minat pelajar dan cara menghadiri temuduga. Selain itu, penceramah juga berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai bidang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang IT.
 
Semoga bengkel ini dapat menambah pengetahuan pelajar dan membantu pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan nanti. Secara tidak langsung, program ini mengukuhkan hubungan kerjasama antara JTMK bersama alumni.
13 April 2023 (Khamis) : Program Kembara Tok Gajah, Pekan Pahang.
Pelajar semester 5, Diploma Pelancongan Rekreasi telah menganjurkan Program Kembara Tok Gajah di bawah kursus Community Based Tourism.
 
Pengisian program yang memuatkan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti pemindahan kemahiran insaniah di Pusat Latihan Tenun Cheminah Sayang, perkongsian pengetahuan dalam pembuatan Puding Raja di Kampung Mengkasar juga berbuka puasa di Padang MPK Kuantan. Misi Kembara Tok Gajah kali ini merupakan satu pelaksanaan Corporate Social Responsibility (CSR) untuk mengenali budaya di Negeri Pahang. Dengan berlangsungnya program ini, diharapkan ianya dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan antara pelajar Politeknik Muadzam Shah dengan komuniti di sekitar Pahang.
 
Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengendalikan penganjuran program kesukarelawan serta memupuk rasa keprihatinan mengenai budaya kepada masyarakat dan komuniti selain daripada memenuhi keperluan kursus yang diambil.
 
Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Tenun Cheminah Sayang Sdn. Bhd. Pekan, Puan Mazura dan Encik Aidy Hayazi bin Adnan, Pengurus Puding Raja Kampung Mengkasar atas kesudian dan hospitaliti melayani kunjungan pelajar Politeknik Muadzam Shah. Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Hariati binti Hamdan, Puan Nur Fadillah Mat Ariffin, Cik Nadiahtul Aini binti Kamarudin, Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi dan Puan Ku Zuzarmiza binti Zulkiffli serta Pelajar DRT5A Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dalam memperkasa budaya komuniti setempat.
12 April 2023 (Rabu) : MAJLIS IFTAR PERDANA PMS 2023
Majlis Iftar Perdana / Khatam Al-Quran / Sumbangan Kasih Ramadan 1444H telah berlangsung di Pusat Islam Politeknik Muadzam Shah yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah PMS, Encik Shahrul Nizam bin Mohamed dengan diiringi oleh TPSA Encik Rafie bin Hamzah dan Ustaz Mohd Taha bin Ghulam Ahmad.
 
Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan untuk meraikan para pelajar dan staf PMS. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan para pelajar yang membantu melancarkan urusan majlis pada hari ini.
12 April 2023 (Rabu): Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang telah bekerjasama dengan Akademik Pilihanraya untuk menjalankan Program Pendidikan Pengundi di kalangan pelajar Semester 1, Politeknik Muadzam Shah.
Program ini dijalankan bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang pilihan raya. Selain itu, program ini dapat meningkatkan sifat bertanggungjawab di kalangan pelajar dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara tercinta.
MASA : 10 pagi - 2 petang
TEMPAT : Dewan Besar Sri Gading.
11 & 12 April 2023 (Selasa & Rabu) : Program ‘Kembara Amal Seindah Ramadhan’ Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMS.
Pelajar Semester 5, Diploma Pelancongan Rekreasi, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah menganjurkan Program ‘Kembara Amal Seindah Ramadan’ di bawah Kursus Recreational Voluteerism dan Kursus Community Based Tourism. Program bermula dengan gotong-royong memasak dan menyiapkan juadah 300 pek roti jala dan kuah kari dan telah diagihkan kepada pengawal keselamatan (sekuriti) dan pekerja kebersihan serta kepada pelajar dan staf PMS yang berbuka puasa di Pusat Islam. Manakala program 'Recreational Talk' pula telah disampaikan oleh Pensyarah JPH, En Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi kepada Pelajar Semester Satu DRT1A dengan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan halatuju kerjaya di dalam bidang rekreasi.
 
Majlis Perasmian Program ‘Kembara Amal Seindah Ramadan’ telah disempurnakan oleh Encik Harulnizam bin Mohamad, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di Pusat Islam, PMS. Beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan zakat MUIP kepada pelajar-pelajar JPH kategori asnaf. Program diteruskan dengan sesi tadarus Al-Quran oleh pelajar JPH di Pusat Islam dan disusuli dengan Majlis Iftar beramai-ramai oleh pensyarah dan seluruh pelajar JPH yang diserikan dengan kehadiran Encik Muhammad Rafie bin Hamzah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PMS.
Kemuncak acara program merupakan Kembara Sahur di mana 80 set makanan sahur telah diagihkan kepada para pelajar Politeknik Muadzam Shah dan 70 set sahur telah diserahkan kepada staf di Balai Polis Muadzam Shah, Balai Bomba Muadzam Shah, Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah serta komuniti orang ramai di Dataran Muadzam Shah yang berakhir pada jam 3.00 pagi. Misi kembara sahur ini merupakan satu pelaksanaan Corporate Social Responsibility (CSR) dan amat mesra komuniti.
 
Dengan berlangsungnya program ini, diharap ianya dapat mengukuhkan dan meningkatkan lagi hubungan erat antara Politeknik dan komuniti di sekitar Muadzam Shah. Program ini juga memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dalam mengendalikan dan menganjurkan program kesukarelawanan serta memupuk rasa keprihatinan kepada masyarakat dan komuniti sekitar selain memenuhi keperluan kursus yang diambil.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga JPH.
07.04.2023 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MAC & APRIL 2023
Perhimpunan bulanan gabungan bulan Mac dan April ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan turut dihadiri oleh warga kerja PMS.
Tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini adalah Unit Pentadbiran, Unit Komunikasi Korporat, Unit Perolehan dan Unit Perhubungan dan Latihan Industri yang bertemakan "Ramadan Al-Mubarak" sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia. Perhimpunan bulanan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang, lagu POLYCC, lagu Politeknik, bacaan doa, ikrar penjawat awam dan diikuti dengan perutusan daripada Pengarah PMS.
Majlis kemudiannya diserikan pula dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh (APC) bagi bulan Februari 2023, Apresiasi Staf, pengumuman kenaikan pangkat, tayangan vt aktiviti setiap jabatan, hari lahir staf (Mac & April), kelahiran cahaya mata, perkahwinan, kemasukan staf baru, kuiz santai dan perkongsian istimewa daripada Dr. Mohd Shahril bin Mohd Hassan@Abdul Ghani mengenai rezeki dan keimanan.
Majlis diakhiri dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Al Fadhil Tuan Qadhi, Mohd Farik bin Jamaluddin yang merupakan jemputan khas dari Pejabat Agama Islam Muadzam Shah. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan keberkatan serta pahala yang berlipat ganda. Insya Allah.