Berita Semasa

Berita Semasa (118)

13 Februari 2023 (Isnin) : Liputan sekitar pertemuan dan perbincangan antara Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Rompin di tapak tanaman terung biru jenis benih F1 Hybrid Eggplant (323) seluas suku ekar untuk Program Fertigasi PMS yang diusahakan oleh Unit Teknologi Hijau PMS.
Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof, En. Shahrul Nizam bin Mohamed (TPA), En. Muhammad Rafie bin Hamzah (TPSA), Pn. Norazlina binti Ismail (Pegawai Pertanian Daerah Rompin), En. Mohd Rizal Azman bin Rifin selaku Ketua Projek dan En. En Faizal Bin Ngaimon sepakat untuk berbincang dengan lebih terperinci mengenai usahasama dalam menjayakan projek pertanian di PMS.
Diharap semoga lebih banyak projek usahasama dalam bidang pertanian akan dapat dilaksanakan dan berjaya melahirkan lebih ramai petani moden di kalangan warga dan pelajar PMS.

15 Februari 2023 (Rabu) : Sekitar Sesi Taklimat Penamaan Calon Pilihan Raya Kampus Politeknik Muadzam Shah 2023 yang berlangsung pada jam 12.30 petang di Auditorium, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah (PMS).

07 Februari 2023 (Selasa) : Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) secara dalam talian bersama YBrs. Dr. Hj. Mohd. Zahari bin Ismail yang bersiaran secara langsung dari Politeknik Ungku Omar, Perak bermula jam 9.00 pagi.
 
6 Februari 2023 : Sekitar Program Hari Bertemu Pelanggan Zon Muadzam Shah pada 6 & 7 Februari 2023 (Isnin dan Selasa) dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang yang telah dirasmikan oleh YB. Ir. Razali Kassim (ADUN Muadzam Shah) serta Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada dan Cenderamata kepada peniaga.
Turut diadakan Sesi Town Hall 2023 bersama warga Muadzam Shah bersama ketua-ketua jabatan Daerah Rompin yang berlangsung di Dewan Besar Dara Muadzam Shah. Lebih daripada 20 reruai pameran daripada pelbagai agensi telah mengambil bahagian, antaranya Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Rompin (MDR) dan Politeknik Muadzam Shah (PMS).
PMS turut mempamerkan produk hasil inovasi KIK iaitu 'Calculus Board' yang merupakan kit permainan berkonsepkan dam ular hasil usahasama pensyarah JMSK dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chanis untuk digunakan oleh murid Sekolah Menengah yang mengambil subjek Matematik Tambahan dan pelajar Politeknik jurusan Matematik yang melibatkan Kalkulus.
3 Februari 2023 (Jumaat) : Mesyuarat Jawatankuasa Akademik PMS Bil.1/2023 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Ridan pada jam 2.45 petang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, En. Shahrul Nizam bin Mohamed, Ketua Jabatan, Ketua program, Ketua Unit dan pegawai-pegawai berkaitan Akademik PMS. Agenda mesyuarat membincangkan mengenai kemasukan pelajar baharu dan perancangan serta takwim setiap jabatan di PMS.
3 Januari 2023 (Jumaat) : Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi II : 2022/2023, Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah berlangsung di Dewan Seri Gading PMS dan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMS, En. Shahrul Nizam bin Mohamed. Turut hadir memeriahkan majlis, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Muhammad Rafie bin Hamzah, Ketua Jabatan, Ketua Unit dan barisan fasilitator PMS.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu PMS yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti yang telah diatur untuk mereka sepanjang Minggu Suai Kenal ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga PMS dan fasilitator yang terlibat di dalam program ini.