BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


Selamat datang ke portal rasmi Politeknik Muadzam Shah (PMS).

PMS merupakan politeknik yang ke-19 ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Ogos 2003, PMS menyediakan perkhidmatan Pemberian Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi , Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan Pelancongan & Hospitaliti kepada lulusan SPM atau setaraf dengannya dan lulusan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti pada peringkat diploma.

Peranan utama PMS ialah untuk menyediakan tenaga pekerja separa profesional dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi , Perdagangan, Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk & Komunikasi Visual dan Pelancongan & Hospitaliti yang ditawarkan di peringkat diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional),Kolej Komuniti,Sijil Politeknik,Sijil Matrikulasi dan lain-lain.

Jentera penggerak PMS yang terdiri daripada tenaga pensyarah dan staf, sentiasa berganding bahu memikul amanah untuk mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia Maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan negara dan pendidikan tertiary yang relevan dengan kehendak pasaran adalah moto utama institusi ini.

Terima kasih.

Pengarah PMS