Unit Pentadbiran secara umumnya menguruskan urusan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia semua kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Unit Pentadbiran di terajui oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N32,seorang Ketua Pembantu Tadbir N22, 4 orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 dan 3 orang Pembantu Operasi.

Objektif Unit Pentadbiran
Melaksanakan segala urusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am mengikut fungsi utama dengan berkesan dan sempurna dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di Unit Pentadbiran.

Skop Unit Pentadbiran
Unit Pentadbiran bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia untuk semua kakitangan akademik dan sokongan politeknik. Urusan tersebut mencakupi hal-hal pentadbiran dalaman politeknik dan pengurusan hal-hal perkhidmatan kakitangan politeknik..