KARNIVAL TEKNOLOGI SMK BETAU (CSR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SMK RPS BETAU)

KARNIVAL TEKNOLOGI SMK BETAU (CSR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SMK RPS BETAU)
12-13.06.2024 : KARNIVAL TEKNOLOGI SMK BETAU (CSR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SMK RPS BETAU)
 
Karnival anjuran Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang, Yayasan Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang SMK RPS Betau, Kuala Lipis Pahang ini telah disertai oleh seramai 10 orang pelajar dan 10 orang pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Muadzam Shah (PMS).
 
Objektif program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai bidang kejuruteraan serta memberi maklumat terperinci berkenaan program-program pengajian di institusi tempatan terutamanya di PMS. Dalam program ini juga, wakil dari PMS turut mengambil peluang untuk mempromosikan semua program pengajian yang ditawarkan di PMS termasuk dari Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.
 
Antara aktiviti yang dijalankan untuk program 2 hari ini adalah seperti sesi interaktif mengenai teknologi dron dan robotik, aktiviti kumpulan serta pameran pelbagai inovasi teknologi serta perbincangan interaktif dan kuiz teknologi. Selain itu, aktiviti hands-on berterusan dalam robotik dan teknologi solar juga terdapat dalam pengisian program ini.
 
Antara Institut Pendidikan Tinggi Awam yang turut mengambil bahagian dalam program ini adalah UMPSA, UiTM Jengka dan POLISAS. Majlis Penutup Program dirasmikan oleh Tuan Haji Abd Razak Bin Abu Musa Saari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang.