PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MEI & JUN 2024

PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MEI & JUN 2024
21.06.2024 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MEI & JUN 2024
 
Perhimpunan bulanan ini telah di sempurnakan oleh pengarah PMS, Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria dan turut di hadiri Ahli Mesyuarat Pengurusan serta warga kerja PMS. Tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini adalah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kewangan dengan kerjasama UIDM dan UICT.
 
Perhimpunan bulanan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang, lagu Politeknik, bacaan doa, ikrar penjawat awam dan diikuti dengan perutusan daripada Pengarah PMS.
 
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk 'Green Living : Building A Sustainable Future Together' yang disampaikan oleh Dr. Mohd Shahril bin Mohd Hassan@Abdul Ghani dan 'Green For Sustain' oleh Ts. Nurfadilah binti Zaharin. Acara seterusnya adalah tayangan video aktiviti oleh Jabatan dan Unit, penyampaian Sijil APCB diikuti dengan pengumuman daripada Jabatan dan Unit.
 
Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua dan di kurniakan keberkatan serta pahala yang berlipat ganda.