Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) merupakan sebuah unit sokongan yang di letakkan di bawah bidang tadbir urus Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA). Sebelum ini, UPPsi lebih di kenali dengan nama Unit Psikologi dan Kerjaya. Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) ini terletak bersebelahan dengan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP). Bidang tugas yang di jalankan oleh UPPsi adalah menyelaras dan menyusun aktiviti dan program psikologi serta kaunseling kepada kakitangan dan pelajar bagi membangunkan dan memperkembangan kesejahteraan psikologi.
Selari dengan keadaan pada masa kini, Unit Pengurusn Psikologi (UPPsi) akan terus memberi perkhidmatan psikologi, bimbingan dan kaunseling kepada kakitangan dan pelajar PMS dalam usaha berterusan menambah pengetahuan dan kesedaran mengenai potensi diri, pencapaian dan kecemerlangan akademik, pengurusan sikap dan tingkah laku, teknik dan kaedah pembelajaran, perancangan hala tuju kerjaya dan sofskill bagi memenuhi keperluan pasaran kerja dan mendepani cabaran serta persaingan secara sihat.

OBJEKTIF

  • Membangunkan Kesejahteraan Psikologi
    Melahirkan modal insan dari kalangan kakitangan dan pelajar yang berkualiti dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual.

  • Pengukuhan Kerjaya dan Membudayakan Pembelajaran
    Memastikan graduan menggunakan ilmu dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan inovatif dan mempunyai kemahiran teknikal dalam meningkatkan kualiti hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

SKOP 

  • Memberi dan menjalankan perkhidmatan seperti senarai di bawah :
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Kerjaya
  • Perundingan/Konsultasi
  • Bimbingan
  • Pengujian Inventori/Alat Ujian Psikologi
  • Program Psikopendidikan
  • Psikoterapi