Unit Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu unit di Politeknik Muadzam Shah yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar. Unit HEP PMS dibarisi oleh 2 orang pegawai dan 3 orang staf sokongan di dalam membantu menguruskan segala hal yang berkaitan dengan pelajar. Unit Hal Ehwal Pelajar PMS sentiasa berazam akan terus menyampaikan perkhidmatan terbaik dan mencipta kecemerlangan melalui Technical and Vocational Educational Training (TVET dalam mendokong pembangunan modal insan.

Terdapat 2 bahagian di dalam Unit Hal Ehwal Pelajar iaitu :

a) Bahagian Pengambilan & Data
• Mengurus proses permohonan kemasukan ke politeknik
• Mengurus pendaftaran pelajar
• Menguruskan lapor diri pelajar senior
• Menyimpan dan mengemaskini rekod (fail peribadi pelajar) dan data pelajar
• Menguruskan permohonan pelajar seperti pertukaran program, pertukaran politeknik, penangguhan program dan pemberhentian pengajian.
• Menguruskan kad matriks pelajar

b) Bahagian Kebajikan & Disiplin
• Menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar
• Memantau dan mengawalselia badan induk pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta kelab dan persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar.
• Bertindak sebagai urusetia tatatertib pelajar yang memantau disiplin dan perlakuan sosial pelajar
• Menguruskan perlindungan insuran kepada pelajar
• Menguruskan rawatan kepada pelajar yang memerlukan bantuan
• Mengendali Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu