OBJEKTIF
Melaksanakan segala urusan kewangan dan perakaunan serta memastikan segala urusan pembayaran dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.


SKOP UNIT
Unit Kewangan berperanan dalam menguruskan peruntukan, perbelanjaan dan bayaran dalam semua aspek mengikut ketetapan prosedur/peraturan secara sistematik dan memastikan semua akaun diselenggara dengan betul.

SKOP TUGAS UNIT KEWANGAN
• Penyediaan Belanjawan Kewangan
• Pengurusan Gaji dan Elaun
• Pengurusan Kutipan Hasil dan Sewa
• Pengurusan Pembayaran
• Pengurusan Pinjaman perumahan, kenderaan dan Komputer.
• Pengurusan Perakaunan
• Pengurusan jawapan kepada pertanyaan audit kewangan.