Unit For Instructional Development & Multimedia (UIDM) merupakan penjenamaan semula UMS (Unit Multimedia & Sumber) bermula pada tahun 2006. UIDM sebagai sebuah unit sokongan sentiasa bergerak aktif dalam menyediakan perkhidmatan audio visual kepada warga PMS serta masyarakat setempat di samping membangunkan bahan instruksional pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi berasaskan multimedia bagi membantu pensyarah di Politeknik Muadzam Shah.

OBJEKTIF

Unit ini bertanggungjawab dalam membantu jabatan akademik membangunkan bahan instruksional untuk pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi berasaskan multimedia di samping menyediakan perkhidmatan audiovisual di Politeknik Muadzam Shah.

SKOP
• Urusan Pembangunan Bahan Multimedia PdP dan Bukan PdP
• Urusan Penyediaan Perkhidmatan dan Peralatan Audiovisual
• Urusan Pinjaman Peralatan Audiovisual
• Urusan Pengarkiban Bahan (Hasilan) Audiovisual
• Urusan Penyelenggaraan Peralatan Audiovisual
• Urusan Baikpulih Kerosakan Peralatan Audiovisual

Borang Tempahan Perkhidmatan Unit)
• Borang Permohonan Pembangunan Bahan Multimedia
• Borang Permohonan Perkhidmatan Audiovisual
• Borang Permohonan Pinjaman Peralatan
• Borang Permohonan Kad Matriks Staf
• Borang Aduan Kerosakan Aset Alih

*Borang-borang permohonan boleh diakses di laman web pms (pautan pantas)
http://www.pms.edu.my/pms4/index.php/muat-turun-staf/category/52-uidm