Program – program yang ditawarkan dibawah jabatan ini adalah berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan yang baru atau penciptaan yang lama di olah menjadi baru berteraskan kepada inovasi dan teknologi terkini dengan bimbingan para pensyarah yang berpengalaman dan berdedikasi. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu:
• Diploma Rekabentuk Grafik
• Diploma Teknologi Media Cetak
VISI
Untuk menghasilkan pekerja teknikal yang kreatif, inovatif, berwibawa dan berkebolehan untuk mengaplikasi, meneroka dan menerajui di dalam bidang teknologi.
MISI
Untuk menjadi sebuah jabatan yang dikenali dalam bidang Rekabentuk dan Komunikasi Visual
TUJUAN
Tujuan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual ditubuhkan adalah untuk:
• Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang rekabentuk.
• Graduan berkebolehan untuk menerima perubahan dalam pembangunan sosial,alam sekitar dan juga teknologi.
• Membangunkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam bidang rekabentuk melalui teknik lukisan,rekabentuk dan susun aturrekaan.
• Melengkapkan graduan dengan kemahiran kepimpinan,keusahawanan dan komunikasi berkesan sebagai persediaan untuk ke pasaran global dalam bidang industri dan perniagaan.
Diploma Rekabentuk Grafik
Bidang pengajian rekabentuk grafik merangkumi bidang asas seni lukis, rekabentuk komunikasi visual, teknologi serta amalan perniagaan. Program ini menawarkan kursus-kursus antaranya Art History, Fundamental of Art and Design dan Fundamental of Drawing. Manakala kursus-kursus utama bidang grafik yang ditawarkan adalah seperti Introduction to Graphic Design, Digital Imaging, Typography, Advertising, Corporate Identity Design, Digital Illustration, Digital Publishing, Motion Graphic, Environmental Graphic, Photography, comic illustration dan Packaging Design. Selain itu program ini juga menawarkan kursus Communicative English dan Entrepreneurship
Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industry iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedah bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan web.
Prospek kerjaya
Graduan di dalam bidang ini adalah berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat pertengahan atau bekerja sebagai freelancers untuk tugas atau jawatan seperti:
Graphic Designer
• Illustration
• Advertising
• Corporate Identity
• Packaging
• Desktop Publishing
• Visual Merchandising
• Photography
New Media Designer
• Animation
• Multimedia
• Interactive
Diploma Teknologi Media Cetak
Program Diploma Teknologi Media cetak dijalankan selama tiga tahun.Program ini member penekanan kepada kemahiran praktikal yang merangkumi teknologi percetakan terkini yang bersesuaian dengan industry percetakan di Malaysia.Program ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman, cabaran serta merangsang mereka dalam membangunkan pelbagai kemahiran praktikal, pekerjaan, akademik dan sahsiah dalam disiplin berkaitan percetakan. Matlamat program adalah untuk menyediakan pelajar ke dunia pekerjaan di dalam bidang percetakan mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Graduan program ini akan dibekalkan dengan pengetahuan asas bidang rekabentuk, kemahiran dan sikap profesional. Program ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta amalan-amalan baik di dalam industry percetakan.Kerjasama berpasukan dan kemahiran interaksi yang berkesan akan diterapkan dalam budaya kerja untuk menyediakan pelajar ke dunia pekerjaan sebenar. Pelajar dapat menyelesaikan perkara berkaitan tugas secara kreatif kepada pelanggan dengan ilmu keusahawanan yang cekap.
Prospek Kerjaya
Diploma Teknologi Media Cetak menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersepadu di dalam bidang teknologi percetakan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industry percetakan.Pelajar juga boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dalam kerjaya-kerjaya berkaitan industry percetakan ini.
• Prepress Technician (Preflight Technician)
• Prepress Quality Controller
• Assistant Desktop Publisher/ Editor
• Digital Application Assistant
• Print Production Assistant or Supervisor
• Printing Scheduler
• Printing Operator/Assistant/Printer
• Prepress/Printing Entrepreneur
• Printing Estimator