Unit Pengurusan Aset Politeknik Muadzam Shah merupakan unit sokongan akademik di bawah bidang kuasa Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Ia merangkumi 2 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Aset dan Pengurusan Stor. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Aset (DH48), dua orang Pembantu Tadbir (N17) dan dua orang Pembantu Operasi (N11).

OBJEKTIF
Memastikan semua Aset Alih Kerajaan dan Stor Politeknik Muadzam Shah diuruskan secara cekap, teratur dan berkesan selaras dengan 1Pekeliling Perbendaraan (1PP)

SKOP
• Mengurus semua urusan aset alih Kerajaan di Politeknik Muadzam Shah selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.0 meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pindaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.
• Mengurus urusan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Penerima, Pegawai Pemeriksa dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan.
• Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan setiap suku tahun (JKPAK) (3 bulan sekali).
• Penyediaan Laporan Suku Tahun Pengurusan Aset untuk dibentang dalam Mesyuarat JKPAK dan Laporan Tahunan ke Bahagian Pengurusan Aset, JPPKK.
• Memantau urusan stor selaras dengan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 meliputi Penerimaan, Merekod Stok, Penyimpanan, Pengeluaran, Pemeriksaan, Keselamatan dan Kebersihan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira stok.
• Pengurusan pelantikan Pegawai Stor, Penerima Stok, Pengeluar Stok, Pemeriksa Stok dan Pemverifikasi Stor.
• Penyediaan Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor untuk dibentang dalam Mesyuarat JKPAK dan Laporan Tahunan ke Bahagian Pengurusan Aset, JPPKK.