Berita Semasa

Berita Semasa (153)

Politeknik Muadzam Shah dengan penuh rasa bangga meraikan Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 bagi Sidang 5 & 6 yang berlangsung pada 22 September 2025 bertempat di Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
 
Seramai 743 graduan daripada Sesi 2023/2024 & Sesi 1 2024/2025 telah berjaya menamatkan pengajian diploma – sebuah pencapaian bermakna hasil usaha gigih, doa, dan sokongan semua pihak. 
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:
 
PROF. DR. MOHAMAD HARIRI BIN ABDULLAH
Penasihat Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA) – Perasmi & Penyampai Anugerah Sidang 5
 
TS. ABDUL RAZAK BIN SABTU
Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti – Penyampai Anugerah Sidang 6
 
Tahniah kepada penerima anugerah pada majlis kali ini:
Anugerah Khas MAJLIS UGAMA ISLAM & ADAT RESAM MELAYU PAHANG
Anugerah Khas Industri
Anugerah Khas Inovasi
Anugerah Khas Ikon Pelajar (Kelainan Upaya)
Anugerah Khas Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) PMS
Anugerah Projek Terbaik Sesi 2 2023/2024
Anugerah Projek Terbaik Sesi 1 2024/2025
Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Sesi 2 2023/2024
Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum Sesi 1 2024/2025
Anugerah Pengarah Politeknik Muadzam Shah Sesi 2 2023/2024
Anugerah Pengarah Politeknik Muadzam Shah Sesi 1 2024/2025
 
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang diraikan. Kejayaan ini adalah hasil titik peluh, doa ibu bapa, bimbingan pensyarah, dan semangat tidak pernah putus asa.
 
PMS juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengarah PMS, Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, seluruh jawatankuasa konvokesyen yang bertungkus lumus memastikan kejayaan majlis ini, para pensyarah yang berdedikasi, ibu bapa serta para graduan yang bersama-sama meluangkan masa menceriakan dan menjayakan majlis gilang-gemilang ini.
 
Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus melangkah lebih jauh, membawa nama Politeknik Muadzam Shah ke persada yang lebih tinggi.
11.09.2025(Khamis): Majlis Penutup Festival Kesenian Islam dan Muadzam Shah Berselawat 2025
Festival kesenian Islam dan Muadzam Shah berselawat yang telah berlangsung selama 3 hari dari 9 hingga 11 September 2025. Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Wakil ADUN Muadzam Shah En. Mohd Radzi Bin Abdullah. Turut serta dalam majlis Ustaz Haji Mohd Azmi bin Haji Othman , Ketua Pegawai Eksekutif , Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang , Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria , Pengarah PMS, Ustaz Ashraful Amin Bin Mohd Ghazali , Timbalan Qadhi Muadzam Shah dan Ustaz Saiful Nizam bin Mukhtar , Pengarah Program Festival Kesenian Islam dan Muadzam Shah berselawat .
 
Telah berlangsung penyampaian mock cek Wakalah Zakat yang telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif PKZ kepada Pengarah PMS berjumlah rm52500. Program ini dimulakan dengan pertandingan Nasyid dan Azan dan ditutup dengan majlis Muadzam Shah berselawat. Program ini bukan sahaja dapat menyatukan antara warga politeknik muadzam shah dan masyarakat setempat melalui aktiviti dan pelbagai pertandingan yang dilaksanakan tetapi ia juga diharapkan dapat menambahkan cinta kepada Rasulullah SAW .
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah , Muadzam Shah, Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Islam, dan ADUN MUadzam Shah kerana telah memberikan sumbangan dalam menjayakan Festival ini.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur dan semua urusetia.
19-22.08.2025 :Linguaculture Exchange: An English and Culture Immersion and Knowledge Sharing Programme
 
Bertempat di Qing Zhen, Guizhou China, telah selesai Majlis Penandatangan Surat Hasrat (LOI) di antara Politeknik Muadzam Shah dengan Guiyang Vocational College of Media & Communication, China. Semoga kerjasama ini berjaya membuka lebih banyak ruang untuk memperkukuhkan jaringan kolaborasi akademik antarabangsa.
 
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PMS diberi amanah untuk membuat persembahan di majlis ini. Satu persembahan nyanyian & satu tarian tradisional telah disampaikan dalam majlis ini. Persembahan ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dan diterima baik oleh pihak China.
18.08.2025 (Isnin) PMS telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan EDOLA 2025 JPPKK di SACC Shah Alam. Gelaran ini dinobatkan kepada PMS hasil kejayaan daripada:
 
1. Johan Kategori TikTok Tutor
2. Johan Kategori Anugerah Rekabentuk Instruksional Fleksible (Imersif Bersemuka) (ARIF)
 
Kejayaan ini juga disokong kuat dengan kemenangan Tempat ke-3 PolyCC LLM Kategori Pensyarah dan pencapaian cemerlang KPI & SKT Jawatankuasa e-learning PMS.
01.08.2025 (Jumaat) : Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa dan Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat PMS
 
Pada jam 10.30 pagi, telah selesainya Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa dan Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Politeknik Muadzam Shah bagi Sesi 1 : 2025/2026.
 
Majlis disambut meriah dan berjalan dengan jayanya oleh para tetamu kehormat dan pelajar Semester 1 Sesi 1 : 2025/2026.
 
Berikut adalah senarai pemenang dari team JTMK PMS sempena PolyCC Cyber Warrior 2025:
 
Kategori : Network King Of The Hill
Keputusan :  Johan
Peserta :
LUQMAN BIN MOHD HUSSIN
MUHAMMAD FAHIM BIN KASIRIN
Pensyarah :
TUN MOHD HATIMAZWAN BIN TUN MUSSA
 
 
Kategori : Code Rumble
Keputusan : Tempat ke-5
Peserta :
MATHENNESHEN A/L GUNALAN
Pensyarah :
MASTURA BINTI RAMLI
 
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada wakil JTMK PMS yang lain kerana berjaya mara ke pusingan akhir. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan lebih gemilang pada edisi tahun hadapan.
7th Malaysia Politechnic Relasis Annual Camp(MalPRAC)2025 | "RELASIS PEMANGKIN TVET MADANI POLITEKNIK MALAYSIA"
Lokasi & Tarikh: 
 15 – 17 Jun 2025 (Politeknik Jeli)
 17 – 19 Jun 2025 (Politeknik Kota Bharu)
 
 Aktiviti-aktiviti padat & mencabar:
 Jalan Lasak — Cabaran fizikal & mental
 Menembak — Fokus, disiplin & kawalan emosi
 Silang Budaya — Jalinan integrasi pelbagai budaya
 Motivasi Boot Camp — Bangkitkan semangat juang dan jati diri sebagai sukarelawan
 
PMS telah menghantar satu kontinjen bersama dua pegawai pengiring dan seorang pegawai Rela daerah Rompin dalam program itu. PMS berjaya memperolehi pingat perak dlm aktiviti keseluruhan yang disertai oleh 11 kontinjen Politeknik seluruh Malaysia yang hadir sertai barisan pelapis kepimpinan masa depan melalui platform yang menguji ketahanan, menyemai nilai perpaduan, dan mencungkil potensi diri yang luar biasa.
15.05.2025(Khamis) :Politeknik Muadzam Shah melalui Sekretariat Rakan Muda (SRM PMS) telah menyahut seruan semangat belia apabila turut serta memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rompin Tahun 2025 yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat perpaduan. Seramai 38 orang pelajar SRM PMS telah terlibat secara aktif dalam penganjuran ini, diketuai oleh Presiden SRM PMS, Saudara Ridzuan bin Mohd Sabki, serta diiringi oleh Penyelaras SRM PMS, En. Akhwan Hafis bin Akmal Hidzri selaku pegawai pengiring.
Penglibatan para pelajar kali ini tertumpu kepada aktiviti keusahawanan, selaras dengan aspirasi belia sebagai tonggak ekonomi masa depan.
 
Penyertaan ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat keusahawanan, malah turut menjadi platform terbaik untuk berinteraksi bersama komuniti setempat dan agensi-agensi kerajaan serta swasta yang turut serta dalam sambutan ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga penglibatan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus melibatkan diri dalam pembangunan negara!
05.05.2025 (ISNIN) : Mesyuarat dan Lawatan Tapak Penyelarasan Projek JPPKK - Menaik Taraf Fasiliti Fizikal Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang telah diadakan pada 5 Mei 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Ridan dan sekitar bangunan PMS. Mesyuarat dan Lawatan Tapak melibatkan delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang dan Daerah Rompin serta pengurusan PMS. Delegasi JKR diketuai oleh Pengarah JKR Negeri Pahang iaitu Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, DIMP manakala pegurusan PMS diketuai oleh Pengarah PMS iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria.
Program dimulakan dengan sesi Lawatan Tapak ke Blok 3.1, 3.2. 3.3, Blok HEP dan Pentadbiran. Seterusnya Mesyuarat Penyelarasan Projek berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Ridan. PMS merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YH Dato' dan delegasi daripada JKR Pahang serta pegawai daripada Bahagian Perancangan Program Dan Institusi, JPPKK menjayakan program ini.
30.04.2025 (RABU): Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik Industri PMS ini telah berlangsung dengan jayanya sempena penganjuran iCOVEX 2025 di Dewan Seri Gading, Politeknik Muadzam Shah.
 
Majlis penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh Dr. Khairul Aidil Azlin bin Abd Rahman, Timbalan Presiden PEREKA Malaysia bersama-sama Encik Mohamad Mustaqim bin Maludin, Wakil Pengarah PPI, JPPKK, Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pengarah PMS, Encik Shahrul Nizam bin Mohamed, Timbalan Pengarah Akademik PMS, dan Encik Mohd Helmi bin Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMS. Majlis pada hari ini membuktikan komitmen berterusan PMS dalam memperkukuh hubungan bersama pihak industri.
 
Berikut senarai industri dan wakil yang terlibat dalam menandatangani Note of Collaboration (NOC) iaitu :
1) Haji Jalaluddin bin Tajuddin, Pengetua Cemerlang SMK Agama Pahang (Rakan Industri JMSK)
2) Muhammad Termizi bin Shafii, Pengetua SMK Perantau Damai (Rakan Industri JMSK)
3) Ahmad Azmi bin Awang, Pengarah Bahagian Perhubungan & Kolaborasi Rekabentuk Antarabangsa, Majlis Rekabentuk Malaysia (Rakan Industri CISEC/JRKV,
serta Letter of Intent (LOI);
1) Harith Murshidi Bin Kamarol Bahri, Co-Founder & Production Manager Srikandee Recources (JP)
2) Haji Nor Rijam bin Ibrahim, Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (JPH)
3) Mat Ariffin bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Pok Pin Muadzam Trading (COT)
4) Ismail bin Abu Salib, Regional Manager M.B. HI-TECH ENGINEERING SERVICES SDN BHD (COT)
5) Mohd Firdaus bin Mahmud, Pengerusi Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit (COT)
6) Ahmad Mokhtar bin Daud, Pengurus Pekan Permai Enterprise (Unit Keusahawanan)
7) Abdul Manaf bin Ya'acob, Pengurus Besar Kompleks Nasyrul Quran (JRKV)
 
Dengan termeterainya kolaborasi ini, PMS berharap jaringan strategik bersama pihak industri akan membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk manfaat bersama, khususnya dalam memperkasakan bakat pelajar, peningkatan kemahiran serta pemerkasaan komuniti setempat.
Melestarikan Jaringan Industri dan Komuniti