Unit Jaminan Kualiti (UJK) bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan kualiti di Politeknik Muadzam Shah di bawah seliaan Timbalan Pengarah Akademik (TPA). Diketuai oleh Ketua Unit dan dibantu oleh Jawatankuasa Unit Jaminan Kualiti dalam memastikan pengurusan kualiti yang seragam dalam melonjakan imej PMS.
FUNGSI UNIT JAMINAN KUALITI PMS
1) Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti PMS selaras dengan keperluan dan dokumen yang sedang berkuatkuasa.
2) Berperanan dalam mengurus dan menyelaras Pengurusan Kualiti (ISO), Akreditasi MQA, ETAC, TTAC dan MBOT.
3) Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dapat dilaksanakan dan mencapai objektif berpandukan kepada dasar dan objektif kualiti yang telah ditetapkan.
4) Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel atau taklimat berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti kepada semua kakitangan dan pelajar.
OBJEKTIF KUALITI PMS
Kecemerlangan Akademik
1. Sekurang-kurangnya 95% kebolehpasaran pelajar tercapai dalam tempoh satu (1) tahun selepas menamatkan pengajian.
2. Kadar kelulusan bagi setiap program lebih daripada 90% bagi setiap semester.
3. Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO) mencapai sekurang-kurangnya 55% pelajar memperolehi markah melebihi 50% bagi setiap semester.
Kecemerlangan Staf
1. Memastikan staf mengikuti jumlah hari berkursus dalam bidang yang relevan mengikut kepada pekeliling semasa.
2. Sekurang-kurangnya 10% PPPT mempergiatkan aktiviti penyelidikan dalam tahun semasa.
Kecemerlangan Proses
1. Semua prosedur dilaksanakan bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
2. Penambahbaikan kualiti proses kerja dilaksanakan secara berterusan.



TATACARA PERMOHONAN KURIKULUM BAGI TUJUAN PINDAHAN KREDIT BAGI LULUSAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Pemohon perlu mengemukakan:
1. Surat rasmi permohonan yang mengandungi nama penuh, nombor matrik, alamat terkini, nombor telefon, alamat emel, kod & nama kursus yang dipohon bagi pemindahan kredit.
2. Borang permohonan pindah kredit dari IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan.
3. Transkrip akademik diploma politeknik.
4. Surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS atau mana-mana institusi berkaitan.
Pemohon hanya dibenarkan menghantar sekali sahaja permohonan kurikulum bagi tujuan pindah kredit ke politeknik dan boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan maklumat yang disenaraikan secara bertulis kepada Pengarah Politekik Muadzam Shah melalui alamat emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Semua permohonan yang lengkap diterima akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dan maklumbalas akan diberikan melalui alamat emel yang disertakan seperti di dalam permohonan.
Sekian, harap maklum.