Berita Semasa (141)
10 Mac 2023 (Jumaat) : Program Juadah Makmur Percuma.
Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah bermurah hati untuk menyumbangkan pek makanan kepada masjid terpilih di beberapa buah daerah di Negeri Pahang termasuk Masjid Politeknik Muadzam Shah.
Sebanyak 800 pek makanan telah di sumbangkan kepada Masjid PMS untuk para pelajar dan staf PMS. Seluruh warga PMS mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan makanan dalam Program Juadah Makmur Percuma yang bertempat di Pusat Islam PMS.
Published in: Berita Semasa
8 Mac 2023 (Rabu): Politeknik Muadzam Shah telah menerima kunjungan daripada YaPEIM Negeri Pahang bagi sesi penyerahan dan agihan bantuan kewangan kepada 135 orang pelajar PMS dari golongan B40 yang layak.
Timbalan Pengarah Akademik bagi pihak PMS amat berbesar hati menerima sumbangan tersebut daripada Pn. Nurkhalilah Hanim binti Hamid, Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Pahang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak YaPEIM dan penyumbang kepada yayasan tersebut. Sesungguhnya, tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.
Published in: Berita Semasa
8 Mac 2023 (Rabu) : Pelajar semester 1 DDT terlibat dengan program yang mendedahkan pelajar dengan kerja berkumpulan. Selain menjalani aktiviti dalam kumpulan, para pelajar bersama-sama pensyarah sempat mengadakan perlawanan bola tampar.
Aktiviti : Program Sinergi Kita
Tarikh : 8 MAc 2023 (Rabu)
Lokasi : Foyer UIDM & Kompleks Sukan PMS
Peserta : Pelajar Semester 1 DDT
Published in: Berita Semasa
8 Mac 2023 (Rabu) : Pasukan CSR siswa siswi dan staf Politeknik Muadzam Shah telah berangkat ke Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Rompin, Pahang untuk bersama-sama bergotong royong bagi membantu kerja-kerja pembersihan sekolah yang dilanda banjir.
Program CSR ini melibatkan seramai 35 orang pelajar, 7 orang pensyarah, guru-guru sekolah, warga komuniti setempat, sukarelawan masjid Muadzam Shah dan FELCRA bagi kerja-kerja pembersihan di dalam kawasan sekolah antaranya bilik-bilik darjah, asrama dan juga pra sekolah.
Penyerahan pakaian dan barangan juga turut diberikan kepada mangsa banjir di Pusat pemindahan sementara yang bertempat di SK Keratong 2. Sumbangan tersebut diselaraskan oleh pihak puspanita dan CSR PMS.
Published in: Berita Semasa
Liga Futsal IPT 2023 telah membuka tirainya bermula 6 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023. Pasukan Futsal Politeknik Malaysia akan beraksi di Liga Futsal IPT 2023 dibawah kategori liga super. LFIPT 2023 fasa 1 akan diadakan di Terengganu anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama IIUM, UMT dan UniSZA.
Pasukan Futsal Politeknik Malaysia adalah dibawah kelolaan Politeknik Muadzam Shah yang bertindak sebagai politeknik penyelaras "Pusat Kecemerlangan Atlet Futsal (PKAT) di bawah Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). Pada tahun 2022 pasukan futsal Politeknik Malaysia adalah juara LFIPT 2022 dan akan kembali beraksi di LFIPT 2023 untuk memastikan kejuaraan dapat dikekalkan.
Pasukan Futsal Politeknik Malaysia terdiri daripada 30 atlet (pelajar gabungan daripada semua politeknik di Malaysia) dgn bantuan 8 orang pegawai dan jurulatih pasukan yang terdiri daripada gabungan staf politeknik Malaysia.
Liga ini akan berlangsung sepanjang tahun 2023. Berikut merupakan jadual LFIPT 2023 :
Fasa 1 : 6 - 10 Mac 2023 (Vaneu pertandingan : UMT& UniSZA, Terengganu)
Fasa 2 : 16 - 20 Ogos 2023 (Vaneu pertandingan : Upsi, Perak)
Fasa 3 : 20 - 24 Sept 2023(Vaneu pertandingan : Uniten, Bangi @ UTM, Skudai)
Fasa 4 : 18 - 22 Okt 2023 (Vaneu pertandingan : USM, Penang)
Published in: Berita Semasa
6 Mac 2023 (Isnin) : Jabatan Perdagangan dan Unit Keusahawan telah menganjurkan Webinar Business Ownership yang telah disertai oleh seramai 200 orang peserta dari kalangan pelajar yang mengambil Kursus Entrepreneurship. Penceramah jemputan untuk webinar ini ialah Puan Noorafizawati Mohd Yusof (Ketua Unit Khidmat Pelanggan, SSM Kuantan).
Objektif bagi Program ini adalah untuk mewujudkan perkongsian ilmu di antara pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Muadzam Shah dengan pihak industri, memantapkan pengetahuan pelajar dan pensyarah melalui hubung kait teori dan praktikal bagi kursus yang berkaitan serta bagi meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian pembelajaran yang lebih baik.
Published in: Berita Semasa
4 Mac 2023 (Sabtu) : Misi Bantuan Banjir
Bertempat di Dewan ILP Muadzam Shah, telah berlangsung aktiviti pembungkusan dan pengagihan barangan bantuan banjir berupa keperluan asas seperti minyak masak, garam, gula, biskut, teh, kopi dan sardin bernilai RM 1,000 yang telah disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang. Turut serta sebagai sukarelawan adalah Unit Hal Ehwal Pelajar PMS, MPP PMS, kelab pelajar PMS serta komuniti setempat dan sukarelawan Uniten.
Published in: Berita Semasa
22 Februari 2023: Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Kampus, Politeknik Muadzam Shah bagi tahun 2023 telah berlangsung di Dewan Seri Gading,PMS. Jumlah pelajar keluar mengundi adalah seramai 1,932 orang (89.16%). Tahniah kepada calon yang berjaya.
Published in: Berita Semasa
17 Februari 2023 (Jumaat) : Jabatan Pengajian Am (JPA) telah menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah bagi bulan Februari 2023 yang bertemakan 'Israk Mikraj' bertempat di Auditorium JRKV. Perhimpunan bulanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan dihadiri oleh warga kerja PMS.
Sempena bulan Rejab yang mulia ini, pelbagai atur cara menarik telah disusun oleh JPA untuk staf PMS, bermula dengan Ikrar Integriti Penjawat Awam, bacaan doa serta pengisian Israk Mikraj oleh Ustaz Mohd Taha bin Rulam Ahmad, perutusan penting daripada Pengarah PMS, tayangan montaj JPA dan taklimat Garis Panduan Zakat serta sumbangan kepada Penyelaras Kebajikan Jabatan yang disampaikan Pengarah PMS dengan diiringi oleh Pegawai Pusat Zakat Pahang, Encik Muhammad Iffiq bin Jamaluddin.
JPA turut menghiburkan hadirin dengan persembahan istimewa iaitu nyanyian nasyid bertajuk Rasulullah oleh kumpulan nasyid khas jabatan, diikuti dengan pengumuman jabatan dan unit, kuiz trivia bulan Rejab dan penyampaian Sijil Pekerja Contoh bagi bulan Februari 2023.
Published in: Berita Semasa
13 Februari 2023 (Isnin) : Liputan sekitar pertemuan dan perbincangan antara Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Rompin di tapak tanaman terung biru jenis benih F1 Hybrid Eggplant (323) seluas suku ekar untuk Program Fertigasi PMS yang diusahakan oleh Unit Teknologi Hijau PMS.
Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof, En. Shahrul Nizam bin Mohamed (TPA), En. Muhammad Rafie bin Hamzah (TPSA), Pn. Norazlina binti Ismail (Pegawai Pertanian Daerah Rompin), En. Mohd Rizal Azman bin Rifin selaku Ketua Projek dan En. En Faizal Bin Ngaimon sepakat untuk berbincang dengan lebih terperinci mengenai usahasama dalam menjayakan projek pertanian di PMS.
Diharap semoga lebih banyak projek usahasama dalam bidang pertanian akan dapat dilaksanakan dan berjaya melahirkan lebih ramai petani moden di kalangan warga dan pelajar PMS.
Published in: Berita Semasa
