Berita Semasa

Berita Semasa (118)

25.01.2024 (Khamis) : Sumbangan Barangan Food Bank PMS oleh Majlis Daerah Rompin
 
Majlis Daerah Rompin (MDR) telah menyumbangkan barangan berupa makanan kering kepada Food Bank PMS sempena Hari Bertemu Pelanggan Zon Kuala Rompin dan Zon Muadzam Shah anjuran Majlis Daerah Rompin (MDR) yang bertempat di Dewan Besar Dara, Muadzam Shah.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh ADUN Muadzam Shah, YB Ir. Razali Kassim dengan diiringi oleh Pegawai Daerah Rompin, YH Dato' Ahmad Nasim bin Dato' Hj Mohd Sidek kepada wakil PMS, Encik Jamadeel Izwan bin Ibrahim.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MDR atas sumbangan tersebut dan semoga ia memberi manfaat serta dapat membantu meringankan beban para pelajar PMS yang kurang berkemampuan.
23.01.2024 (Selasa) : PMS Menerima 2 (dua) Anugerah Sempena Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2024.
 
Pada majlis tersebut, PMS telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah POLYCC Berprestasi Tinggi (Kategori Politeknik Konvensional) dan
Anugerah Khas Ketua Pengarah (Portal Terbaik) yang disampaikan oleh Ketua Pengarah PPKK kepada Pengarah PMS, Tn. Hj. Che Alias bin Mohd Yusof.
 
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada seluruh warga PMS dan semoga anugerah ini menjadi pencetus semangat dan pemangkin kepada kejayaan dan kemajuan PMS.
09.01.2024 (SELASA) : LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (GOVERNAN) JPPKK KE POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Sekitar lawatan kerja TKP (Governan) JPPKK, Ts Haji Kamaludin bin Daud bersama beberapa orang pegawai BGK, JPPKK ke PMS. Kedatangan delegasi ini telah disambut oleh Pengarah, TPA, TPSA dan Ahli Mesyuarat Pengurusan PMS.
 
Sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada delegasi ini kerana sudi meluangkan masa melawat jabatan dan fasiliti yang terdapat di PMS dalam usaha untuk membuat penambahbaikan dan meningkatkan tadbir urus.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, PMS kerana telah berjaya memperolehi perakuan akreditasi oleh pihak MQA dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi program Diploma Teknologi Media Cetak (DMC). Perakuan akreditasi ini amat penting bagi membuktikan PMS sentiasa berusaha memastikan program-program yang ditawarkan diiktiraf dan mencapai standard dan kualiti yang telah ditetapkan.


Ini merupakan berita baik untuk pelajar lepasan SPM atau individu di luar sana yang masih mencari tempat bagi menyambung pengajian.

Ayuh sertai kami di Politeknik Muadzam Shah bagi program Diploma Teknologi Media Cetak.

06.12.2023 (RABU) :Telah berlangsung pertandingan MINEX 2023 di Dewan Seri Gading bagi penilaian produk inovasi pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang dinilai oleh Juri Jemputan daripada Industri yang merangkap sebagai Penasihat Industri JKM.
 
Syabas dan tahniah buat semua pelajar semester 5 terutama yang memenangi anugerah projek akhir serta pensyarah penyelia yang banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar.
 
Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah ,diiringi Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Muadzam Shah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan JKM, En Ahmad Salim bin Mahmud Pengurus Felda Selancar 2, para pensyarah JKM dan peserta- peserta program.
 
Tahniah diucapkan kepada pemenang utama program Minex
 
Anugerah Projek Terbaik Tempat Pertama:
Wheel Chair Bed for Dialysis Patient
Anugerah Tempat Kedua:
PLC Based IOT Trainer Kit
Anugerah Tempat Ketiga:
Smart Pigeon Hole Limited Edition
 
Terima kasih buat semua pihak yang terlibat dan yang menjayakan program Minex Sesi I 2023/2024

Kursus MPU24751 PISPA II dengan Kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Rompin

Telah berlangsung Kursus Asas Pertahanan Awam anjuran Kursus MPU24751 PISPA II dengan Kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Rompin.
 
Seramai 29 pelatih telah ditauliahkan sebagai Anggota Pertahanan Awam dan dianugerahkan nombor badan setelah mereka berjaya mengikuti dan menjalani silibus-silibus yang telah ditetapkan.
 
Antara objektif lain kursus ini juga adalah memberi pendedahan kepada pelajar PISPA berkenaan proses yang perlu dilalui sebelum layak ditauliahkan sebagai Staf Muda (SM) APM. Pelatih juga telah bersedia untuk dipanggil berkhidmat sekiranya perlu bagi membantu kerja-kerja pasca MTL kelak.
 
Kursus ini telah dirasmikan oleh Lt (PA) Che Suhaila binti Che Delah (Pembantu Pegawai Pertahanan Awan Rompin) dan diiringi oleh Kapten Bersekutu (PA) Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada APM Rompin atas kesudian menjalankan kursus ini secara bersama.
 
PMS bergabung bersama Polisas & Poli Metro bagi membentuk kontijen PoliPahang. Sebanyak 9 acara sukan dipertandingkan antaranya Futsal, Bolajaring, Bolatampar, bowling & dart.
 
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Young Syefura Bt Othman Ahli Parlimen Bentong. Penyertaan kali ke 2 ini kontijen PoliPahang telah mnghantar seramai 88 atlet pelajar & staf yg diketuai oleh Hj Badrul Hakimi B Mohd Bastamam sebagai Ketua Kontijen.
 
Dlm kejohanan kali ini PoliPahang telah berjaya sekali lg menggondol kejuaraan keseluruhan buat kali ke2 berturut-turut dgn memperolehi 9 emas 5 Perak & 3 gangsa.
 
Keputusan Rasmi Kontijen PoliPahang Sukan TVET Pantai Timur:
1. Futsal
Pelajar - Johan ?
Staf - ke3 ?
2. Netball
Pelajar/Staff - Johan?
3. Volleyball
Pelajar & staff - Johan ?
4. Pingpong
Pelajar - Johan ?
Staff - Johan ?
5. Takraw
Pelajar - ke 4
Staff - ke 3 ?
6. Memanah
Single L - Ke 4
Single W - Johan ?
Mix - Johan ?
7. Dart
Single PL - N. Johan ?
Single PW - Pusingan 1
Mix pelajar - Pusingan 1
Single SL - Johan ?
Single SW - N. Johan ?
Mix staf - N. Johan ?
8. Bowling
Staf
Lelaki - Naib Johan ?
Wanita - Johan ?
9. 3on3 Netball L - Pusingan 1
10. Esport ML - Pusingan 1
11. Esport PUBG - Naib Johan ?
24.11.2023 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN STAF PMS (BULAN NOVEMBER 2023)
Perhimpunan bulanan yang berlangsung di Dewan Seri Gading, PMS ini telah di sempurnakan oleh pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan turut di hadiri oleh AMP serta warga kerja PMS. Host pada perhimpunan bulanan kali ini adalah UPP, UICT, UKEW dengan kerjasama UIDM yang bertemakan Soladiriti Palestin.
 
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu Citramu PMS, bacaan doa, bacaan ikrar penjawat awam dan tayangan video sorotan aktiviti PMS. Majlis kemudiannya di teruskan dengan Perutusan daripada Pengarah PMS dan Taklimat Penggunaan Tenaga yang disampaikan oleh Dr. Mohd Shahril bin Mohd Hassan @ Abdul Ghani.
 
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pengumuman terkini jabatan dan unit PMS dan diakhiri dengan Taklimat Inspirasi Qaseh YaPEIM oleh YM Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama tetamu jemputan.
14.11.2023: Telah berlangsung Bengkel Sukarelawan YES! Politeknik Muadzam Shah bagi persediaan bencana banjir di Negeri Pahang. Pelaksanaan program ini dengan kerjasama MPP dan beberapa kelab dan persatuan pelajar.
 
Pelajar yang terlibat di dalam bengkel ini seramai 160 orang pelajar, dan di dalam bengkel ini di berikan pendedahan kepada peserta melibatkan beberapa agensi kerajaan antarannya adalah:
1. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Persediaan Keselamatan dan Kesihatan Bencana Banjir)
2. Pejabat Kesihatan Daerah (Kawalan Kesihatan dan Pencegahan Wabak Ketika Bencana Banjir)
3. Alumni PMS (CSR: Perkongsian Pengalaman)
4. Unit Psikologi (Taklimat Persediaan Sebagai Sukarelawan Banjir)
5. Kementerian Belia dan Sukan (i-LEAD) Program Sekolah Rukun Negara (SRN)
 
Dengan pelaksanaan program ini, ianya sebagai salah satu inisiatif PMS dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para sukarelawa
10.11.2023: Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah dibawah seliaan Dr. Ridhwan, Pn. Rasyida dan En. Hazwan dan penglibatan fasilitator dari kelas DUP2A telah menganjurkan dengan jayanya program hari rekreasi kanak-kanak dengan objektif "Enhancing Psychomotor Skills Through Outdoor Recreation Activities" yang berlangsung pada jam 3 hingga 6 petang dengan penyertaan seramai 32 orang kanak-kanak iaitu anak-anak kakitangan warga PMS.
Antara aktiviti yang disediakan adalah Zipline, Abseiling, Slackline, Soft Archery, Knotting dan Tent Setup. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang sudi menyertai program ini. Semoga anak-anak ini mendapat manfaat yang baik dari program ini.