Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi kursus Matematik, Sains dan Komputer kepada pelajar di jabatan akademik induk. Selain daripada itu, JMSK juga turut menawarkan program pengajian Pra Diploma Sains.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan di dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer.
MISI
Melaksanakan proses PdP bagi kursus Matematik, Sains dan Komputer melalui kaedah yang sistematik dan efektif berpandukan kurikulum yang terkini serta relevan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai asas yang kukuh dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat.
.
OBJEKTIF
Berusaha memastikan:
a) Sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus dan mencapai gred C ke atas bagi setiap kursus
b) Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) bagi setiap kursus mencapai sekurang-kurangnya 55% pelajar memperolehi markah melebihi 50% bagi setiap semester.
MATEMATIK
PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DMA / DRA / DRP / DTP)
- DBM10013 Engineering Mathematics 1
- DBM20023 Engineering Mathematics 2
- DBM30033 Engineering Mathematics 3
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL) (DDT)
- DBM10063 Mathematical Computing
- DBM20083 Discrete Mathematics
PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DMA / DRA / DRP / DTP)
- DBS10012 Engineering Science
APLIKASI KOMPUTER
Mendedahkan pelajar kepada pelbagai pakej perisian aplikasi seperti pemproses kata, hamparan, persembahan, pengurusan projek, keselamatan internet dan etika digital. Kursus ini terutama menekankan aspek praktikal menggunakan perisian aplikasi dan kesedaran dalam aktiviti dunia digital. Pelajar akan mengembangkan kemahiran kerja berpasukan dan kepemimpinan untuk mengemukakan idea dan menyusun projek. Pelajar dapat menggunakan kemahiran maklumat dan teknologi yang dicapai pada masa akan datang.
OBJEKTIF:
a) Meningkatkan komunikasi pelbagai hala di dalam proses pengajaran dan pembelajaran..
b) Mempelbagaikan bentuk latihan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.
c) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
d) Meningkatkan pengetahuan sedia ada para pelajar.
e) Memotivasikan pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
SKOP:
1. Pelajar semester 1 Diploma Perniagaan yang diwajibkan untuk mengambil DBC20012 Computer Application ini.
DBC20012 COMPUTER APPLICATION
Program DBC20012 Computer Application ini merupakan program yang dilaksanakan di bawah Jabatan Perdagangan.Di mana Tenaga Pengajar bagi program ini di bantu oleh Jabatan Matematik Sains Dan Komputer. Ia merupakan pelajar semester 1 Jabatan Perdagangan yang diwajibkan untuk mengambil program DBC20012 ini. Ia sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal topik – topik yang terdiri daripada Word Processor, Spreadsheet, Presentation, Project Management, Digital Etiquette dan basic Internet Search Technique And Email. Ini sekaligus dapat membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri.