PROGRAM JOM MASUK U (JMU) 2024

PROGRAM JOM MASUK U (JMU) 2024
01 - 02.06.2024 : TENGKU MAHKOTA PAHANG BERKENAN BERCEMAR DULI MENGUNJUNGI RERUAI POLYCC SEMPENA PROGRAM JOM MASUK U (JMU) 2024

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Program Jom Masuk U (JMU) 2024 Zon Timur II bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang, Pahang.

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang turut berkenan mengunjungi reruai pameran daripada IPT khususnya POLYCC termasuk reruai pameran Politeknik Muadzam Shah.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif disediakan kepada para pengunjung yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam membuat pilihan untuk memilih institusi pengajian yang sesuai dengan minat mereka di POLYCC.