Unit Peperiksaan (UPEP) ialah satu unit yang bertanggungjawab memberi Perkhidmatan Pendidikan sepanjang aktiviti pentaksiran kursus setiap semester yang dijalankan. Unit ini tujuan untuk memastikan Pengurusan Penilaian Akhir dan Pemprosesan Keputusan Peperiksaan bagi setiap pelajar di politeknik seperti menyiapkan kertas peperiksaan akhir semester, memproses keputusan penilaian selepas semester pengajian berakhir dan menyiapkan Sijil/Diploma bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian dapat dilaksanakan secara sistematik dan lebih objektif.

Unit ini terdiri daripada Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Pembantu Tadbir , Pembantu Operasi dan Penyelaras Peperiksaan yang telah dilantik oleh Jabatan Akademik. Unit ini diselaraskan oleh Bahagian Penilaian dan Peperiksaan , JPPKK di seluruh Politeknik Malaysia berpandukan takwim aktiviti-aktiviti pentaksiran dan juga Arahan-arahan dan Garis Panduan Peperiksaan.

Satu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik telah diwujudkan bagi mengurus dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan, pengukuran dan penilaian politeknik. Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dianggotai oleh:

a) Pengarah Politeknik (sebagai Pengerusi)
b) Timbalan Pengarah Politeknik (Ahli)
c) Ketua Jabatan (Ahli)
d) Pegawai yang dilantik oleh Pengarah Politeknik (Ahli)
e) Pegawai Peperiksaan (sebagai Setiausaha)
f) Pembantu Tadbir (Pencatat Minit)


Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik bertanggungjawab:

a) Menentukan dan melaksanakan apa-apa dasar yang perlu berhubung dengan segala aktiviti peperiksaan
b) Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi
c) Menentukan tindakan yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan
d) Memutuskan kedudukan pencapaian akademik pelajar
e) Mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Lembaga Peperiksaan
f) Mempertimbangkan dan menyediakan laporan berkaitan dengan rayuan pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan untuk dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan
g) Unit juga merupakan salah satu tunjang penting di dalam sistem politeknik memandangkan prestasi melalui piagam pelanggannya telah menetapkan satu kriteria berhubung dengan pencapaian di dalam peperiksaan serta pengurusan yang efisien.

OBJEKTIF & SKOP UNIT
1. Penyebaran maklumat berkaitan Arahan – Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik dan Takwim Peperiksaan pada Minggu Pertama pendaftaran pelajar baharu dan Minggu Pertama pengajian pelajar lama.

2. Keputusan Peperiksaan Akhir pelajar akan diproses dalam masa dua (2) minggu.

3. Semakan kedua skrip jawapan bagi kursus- kursus yang mempunyai penilaian akhir dilaksanakan mengikut Garis Panduan Moderasi Skrip Jawapan Politeknik bagi menjamin ketelusan sistem penilaian.

4. Rayuan penyemakan semula skrip jawapan peperiksaan akhir bagi sesuatu semester akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima.

5. Rayuan ke atas keputusan penilaian bagi sesuatu semester akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik.

PERANAN
• Pengurusan Peperiksaan
Urusan Pemprosesan Keputusan Peperiksaan Akhir
Urusan penyediakan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Politeknik
Urusan Penyediaan Jadual Pengawasan dan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir
Urusan Pengurusan hal-ehwal bagi tujuan Peperiksaan Akhir
Urusan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Mengenai Keputusan Peperiksaan dan Rayuan
Urusan Pengemaskinian Rekod Keputusan Peperiksaan
Urusan Penyediaan Statistik Pencapaian pelajar
Urusan Keputusan Peperiksaan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/ Diploma Politeknik
Urusan Tindakan Tatatertib kerana Pelanggaran Peraturan,Arahan-arahan Peperiksaan Akhir dan Penyelewangan Akademik
Memelihara Keputusan Akademik Pelajar
Memelihara Rekod Graduan

• Pengurusan Pensijilan
Urusan Persijilan Graduan untuk Konvokesyen
Urusan Penyediaan dan Pengedaran sijil Graduan semasa dan selepas konvokesyen
Urusan Penyediaan dan Pengedaran Transkrip Graduan
Urusan penyediaan senarai nama bakal graduan bagi Urusan Konvokesyen