TAHNIAH PELAJAR JRKV PMS JUARA DUNIA ADOBE CERIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024

TAHNIAH PELAJAR JRKV PMS JUARA DUNIA ADOBE CERIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024

1 .8.2024 (KHAMIS) TAHNIAH JUARA DUNIA ADOBE CERIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Izzul Zafran bin Abd Razak, pelajar Semester 5 JRKV Politeknik Muadzam Shah, atas kejayaan cemerlang sebagai JUARA DUNIA dalam Pertandingan Adobe Certified Professional World Championship 2024. Ini merupakan pencapaian luar biasa yang bukan sahaja membanggakan JRKV Politeknik Muadzam Shah malahan seluruh negara Malaysia.

Kejayaan ini adalah bukti kerja keras dan ketekunan pelajar serta jurulatih dalam kalangan pensyarah JRKV PMS sendiri iaitu Ts. Nurul Fadzillah binti Abdul Wahab. Semoga kejayaan ini membuka lebih banyak lagi pencapaian hebat di masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih jua kepada Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti kerana mempercayai pelajar kami, Penasihat Industri Sarman Printing & Design, Koperasi Politeknik Muadzam Shah Rompin Pahang Berhad, Alumni Politeknik Muadzam Shah dan juga beberapa individu serta syarikat lain yang sudi menyuntik dana buat pelajar kami ke California, Amerika Syarikat. Terima kasih.

Teruskan usaha dan semangat #JRKVPMShebat, dan jadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk meraih lebih banyak kejayaan di masa hadapan buat semua warga JRKV PMS. Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai impian dan kejayaan anda.

Sekali lagi, tahniah dan syabas di atas kejayaan yang luar biasa ini.