KURSUS PENYEMBELIHAN (DAGING) DAN PENYEDIAAN MAKANAN PMS 2024

KURSUS PENYEMBELIHAN (DAGING) DAN PENYEDIAAN MAKANAN PMS 2024
19-20.06.2024 : KURSUS PENYEMBELIHAN (DAGING) DAN PENYEDIAAN MAKANAN PMS 2024
 
Seramai 159 orang peserta telah telah menghadiri Kursus Penyembelihan (Daging) dan Penyediaan Makanan PMS 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Islam PMS dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan. Kursus ini berlangsung selama 2 hari di Perkarangan Masjid PMS.
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Pusat Islam, Ustaz Mohd Shahkri bin Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Pusat Islam kerana penganjuran yang julung-julung kalinya untuk kursus ini. Kursus ini juga dirasmikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria.
 
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk:
 
i) Memberikan pendedahan kepada staf tentang cara-cara penyembelihan dan memasak yang lebih teratur, bersih dan mengambil kira kebajikan haiwan dan keselamatan makanan.
ii) Memupuk semangat kerjasama dan merapatkan ukhwah dalam kalangan staf dan masyarakat
iii) Memberi pengalaman yang beguna kepada staf bermula dari merancang program sehingga selesai.