LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
11.7.2024 (KHAMIS): Lawatan penanda aras dari Kolej Komuniti Segamat ke Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Muadzam Shah, Pahang membawa misi penting dalam membina ekosistem pengurusan akademik yang lebih efisien melalui sistem yang lebih sistematik khususnya bagi Unit Pengajian Am di institusi berkenaan.
 
Delegasi seramai 5 orang yang merupakan pensyarah dari Unit Pengajian Am Kolej Komuniti Segamat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Sri Ridan (BMSR) bagi sesi taklimat ringkas serta sesi soal jawab. Delegasi juga dibawa melawat ke sekitar bangunan akademik JPA bagi memberi input dan idea baharu yang boleh diaplikasikan di kolej komuniti kelak. Lawatan selesai dan diakhiri dengan sesi bergambar.