ROAD TO ADOBE CERTIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024

ROAD TO ADOBE CERTIFIED PROFESSIONAL WORLD CHAMPIONSHIP 2024
26.7.2024(JUMAAT) Selamat maju jaya kepada pelajar Politeknik Muadzam Shah, Saudara Izzul Zafran bin Abd Razak yang akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Adobe Certified Professional (ACP) World Champsionship 2024 di California, Amerika Syarikat bersama-sama dengan 2 orang lagi wakil Malaysia daripada institut pendidikan yang lain. Pertandingan ini akan berlangsung pada 28 - 31 Julai 2024.
 
Turut serta mengiringi lambaian Selamat Maju Jaya pada pagi ini ialah YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), bersama-sama Puan Zahana binti Yusoff selaku Ketua Jabatan JRKV PMS serta Dr. Zulina binti Kamarulzaman, Pegawai Pengantarabangsaan PMS, Encik Syahmi bin Mohd Zahir, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan/Disiplin) PMS, Puan Nur Fadillah binti Mat Ariffin, Ketua Penyelaras Majlis Perwakilan Pelajar PMS dan beberapa orang pensyarah JRKV PMS.
 
Selain daripada Saudara Izzul Zafran, terdapat 2 orang lagi pelajar POLYCC yang mewakili Malaysia dalam pertandingan Microsoft Office Specialist World Championship 2024 yang turut diadakan di California iaitu:
1. Muhammad Syah Al Ihsan bin Mohd Hamdan dari Kolej Komuniti Hulu Langat dan
2. Mifthahul Dinina Ilhamiy binti Abdul Rahman dari Kolej Komuniti Selayang.
 
Pegawai pengiring pelajar-pelajar ini adalah:
1. Ts. Fadhlina binti Ahmad – Kolej Komuniti Hulu Langat dan
2. Pn Wan Syukriah binti Wan Mohamad – Kolej Komuniti Selayang.
 
Marilah kita sama-sama mendoakan dan memberikan sokongan penuh kepada mereka. Semoga para pelajar POLYCC dapat melakar sejarah mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan tersebut.