Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan sebagai jabatan sokongan bagi pelaksanaan program-program serta pengajaran dan pembelajaran kepada jabatan-jabatan induk yang terdapat di Politeknik Muadzam Shah (PMS).

JPA yg diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dengan sokongan 2 orang Ketua Kursus, dianggotai oleh pensyarah Pendidikan Islam, pensyarah Bahasa Inggeris, serta seorang Pembantu Operasi. Berbekalkan tenaga kerja yang efisien dan berpengalaman, JPA yakin dapat membantu melaksanakan tugas sebagai pelengkap kepada jabatan-jabatan induk yang terdapat di PMS. JPA juga dilengkapi dengan 3 buah Makmal Bahasa yang dapat memuatkan 40 orang pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran

PENGENALAN, OBJEKTIF DAN SKOP UNIT

Terdiri daripada Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris, jabatan ini berperanan sebagai penyelaras kepada kurikulum Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Moral.
Seiring dengan matlamat yang ingin dicapai oleh PMS, JPA meletakkan objektif untuk membentuk moral, sahsiah dan memperkukuhkan nilai-nilai rohaniah para pelajar menerusi beberapa kursus yang dirancang di bawah Unit Pendidikan Islam dan Moral. Manakala Unit Bahasa Inggeris pula menyusun dan melaksanakan kursus-kursus yang dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, membentuk keyakinan diri serta nilai kompetensi yang diperlukan pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan kelak. Dua unit ini juga bergabung dan bekerjasama dalam merancang program-program nilai tambah selaras dengan objektif yang digariskan.