Berita Semasa

Berita Semasa (118)

22.03.2023 (Rabu) : PROGRAM ADVOKASI KEPENGGUNAAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR 100 JUTA POKOK
 
Program Advokasi Kepenggunaan Kelestarian Alam Sekitar 100 juta pokok bersama Ahli Gerakan Pengguna Siswa PMS Negeri Pahang anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pahang di Taman Eco Rimba Menchali, Rompin yang melibatkan penyertaan seramai 29 orang pelajar dan 2 org pensyarah pengiring dari Politeknik Muadzam Shah.
22.3.2023 (Rabu) : PROGRAM E-WASTE DAY DI UNITEN, MUADZAM SHAH.
 
Para pelajar Jabatan Perdagangan (DPM5A) bersama pensyarah pengiring, Puan Noraina binti Wahid telah menerima pelawaan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk mengikuti rombongan ke program E-Waste Day yang berlangsung di Wisma Uniten Muadzam Shah pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
 
Objektif rombongan ini adalah untuk memberi kesedaran tentang e-waste, kepentingan kitar semula, selain turut memberi pengalaman dan pengetahuan sebenar kepada pelajar-pelajar mengenai proses kitar semula yang boleh di aplikasikan di dalam kehidupan seharian.
21 Mac 2023 (Selasa) : HARI PENDAFTARAN KELAB PMS SESI II 2022/2023
Bertempat di Pusat Pelajar PMS, Majlis Perwakilan Pelajar PMS menganjurkan Program Hari Pendaftaran Kelab PMS Sesi II 2022/2023. Program ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Muadzam Shah di mana MPP memberi peluang dan ruang kepada Pelajar PMS untuk menyertai kelab-kelab yang berdaftar di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar di bawah seliaan Encik Syahmi Bin Mohd Zahir, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin).
Disamping itu, melalui program ini Kelab dan Persatuan yang berdaftar di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar dapat mempromosikan kelab-kelab kepada para pelajar. Program ini terbuka kepada semua pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman baru dan mengasah bakat kepimpinan secara langsung melalui platform kelab yang ditubuhkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar.
20 Mac 2023 (Isnin) : Program Literasi Kewangan bersempena Global Money Week 2023 anjuran POLYCC yang bersiaran secara langsung dari jam 10.00 pagi - 12 tengahari di semua politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.
Bersempena dengan Global Money Week 2023 yang disambut mulai 20 hingga 26 Mac 2023 di seluruh dunia dengan tema "Plan Your Money, Plan Your Future", Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia Book of Records (MBOR).
Program ini melibatkan sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti yang terdiri daripada pelajar dan staf secara serentak sekaligus berjaya melakar sejarah mencatatkan seramai 38,847 penyertaan untuk direkodkan di dalam Malaysia Malaysia Book of Records (MBOR). Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Impak kepada program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kewangan sekaligus menggalakkan kepelbagaian kaedah penyampaian PdP, dengan penglibatan industri sebagai tenaga pengajar serta mewujudkan kerjasama baik antara agensi seperti AKPK yang merupakan agensi di bawah Bank Negara Malaysia serta memperlihatkan kolaborasi dan sokongan industri kepada institusi TVET
Program literasi kewangan melalui keterlibatan pelajar secara besar-besaran dan serentak di seluruh Malaysia dengan AKPK sebagai ahli jaringan kewangan (FEN) melalui inisiatif literasi kewangan negara (2019-2023) yang diberi mandat dalam mendidik masyarakat bagi mewujudkan jawatankuasa dalam melaksanakan gerak kerja program literasi kewangan menyeluruh (Konsep, pembangunan prgram, modul latihan) yang meliputi seluruh warga JPPKK.
Politeknik Muadzam Shah telah disertai oleh 1,303 orang peserta melibatkan pelajar keseluruhan jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

10 Mac 2023 (Jumaat) : Sekitar Program Gotong Royong Amal di Tanah Perkuburan Muadzam Shah dengan kerjasama SW Corp., Alam Flora dan PMS yang telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

10 Mac 2023 (Jumaat) : Program Juadah Makmur Percuma.
Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah bermurah hati untuk menyumbangkan pek makanan kepada masjid terpilih di beberapa buah daerah di Negeri Pahang termasuk Masjid Politeknik Muadzam Shah.
Sebanyak 800 pek makanan telah di sumbangkan kepada Masjid PMS untuk para pelajar dan staf PMS. Seluruh warga PMS mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan makanan dalam Program Juadah Makmur Percuma yang bertempat di Pusat Islam PMS.
8 Mac 2023 (Rabu): Politeknik Muadzam Shah telah menerima kunjungan daripada YaPEIM Negeri Pahang bagi sesi penyerahan dan agihan bantuan kewangan kepada 135 orang pelajar PMS dari golongan B40 yang layak.
Timbalan Pengarah Akademik bagi pihak PMS amat berbesar hati menerima sumbangan tersebut daripada Pn. Nurkhalilah Hanim binti Hamid, Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Pahang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak YaPEIM dan penyumbang kepada yayasan tersebut. Sesungguhnya, tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.
8 Mac 2023 (Rabu) : Pelajar semester 1 DDT terlibat dengan program yang mendedahkan pelajar dengan kerja berkumpulan. Selain menjalani aktiviti dalam kumpulan, para pelajar bersama-sama pensyarah sempat mengadakan perlawanan bola tampar.
Aktiviti : Program Sinergi Kita
Tarikh : 8 MAc 2023 (Rabu)
Lokasi : Foyer UIDM & Kompleks Sukan PMS
Peserta : Pelajar Semester 1 DDT
 
8 Mac 2023 (Rabu) : Pasukan CSR siswa siswi dan staf Politeknik Muadzam Shah telah berangkat ke Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Rompin, Pahang untuk bersama-sama bergotong royong bagi membantu kerja-kerja pembersihan sekolah yang dilanda banjir.
Program CSR ini melibatkan seramai 35 orang pelajar, 7 orang pensyarah, guru-guru sekolah, warga komuniti setempat, sukarelawan masjid Muadzam Shah dan FELCRA bagi kerja-kerja pembersihan di dalam kawasan sekolah antaranya bilik-bilik darjah, asrama dan juga pra sekolah.
Penyerahan pakaian dan barangan juga turut diberikan kepada mangsa banjir di Pusat pemindahan sementara yang bertempat di SK Keratong 2. Sumbangan tersebut diselaraskan oleh pihak puspanita dan CSR PMS.
Liga Futsal IPT 2023 telah membuka tirainya bermula 6 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023. Pasukan Futsal Politeknik Malaysia akan beraksi di Liga Futsal IPT 2023 dibawah kategori liga super. LFIPT 2023 fasa 1 akan diadakan di Terengganu anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama IIUM, UMT dan UniSZA.
Pasukan Futsal Politeknik Malaysia adalah dibawah kelolaan Politeknik Muadzam Shah yang bertindak sebagai politeknik penyelaras "Pusat Kecemerlangan Atlet Futsal (PKAT) di bawah Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). Pada tahun 2022 pasukan futsal Politeknik Malaysia adalah juara LFIPT 2022 dan akan kembali beraksi di LFIPT 2023 untuk memastikan kejuaraan dapat dikekalkan.
Pasukan Futsal Politeknik Malaysia terdiri daripada 30 atlet (pelajar gabungan daripada semua politeknik di Malaysia) dgn bantuan 8 orang pegawai dan jurulatih pasukan yang terdiri daripada gabungan staf politeknik Malaysia.
Liga ini akan berlangsung sepanjang tahun 2023. Berikut merupakan jadual LFIPT 2023 :
Fasa 1 : 6 - 10 Mac 2023 (Vaneu pertandingan : UMT& UniSZA, Terengganu)
Fasa 2 : 16 - 20 Ogos 2023 (Vaneu pertandingan : Upsi, Perak)
Fasa 3 : 20 - 24 Sept 2023(Vaneu pertandingan : Uniten, Bangi @ UTM, Skudai)
Fasa 4 : 18 - 22 Okt 2023 (Vaneu pertandingan : USM, Penang)