Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan (JSKK) adalah sebuah jabatan sokongan akademik yang bertanggungjawab dalam merancang dan menguruskan segala aktiviti pelajar berkaitan sukan, kokurikulum dan kebudayaan di Politeknik Muadzam Shah.

OBJEKTIF
Menguruskan akiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan pelajar dengan terancang dan sistematik bagi memastikan aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar.

SKOP JABATAN
Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan (JSKK) akan berusaha memastikan setiap perancangan tahunan aktiviti JSKK dapat dilaksanakan dengan lancar. JSKK juga akan berusaha untuk mengambil bahagian dalam apa juga acara sukan, kokurikulum dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak luar PMS dengan bajet yang diperuntukkan untuk jabatan.