
Berita Semasa (118)
SESI PENYERAHAN SIJIL PASCA BANJIR DARIPADA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEROK
17.08.2023 (KHAMIS) : SESI PENYERAHAN SIJIL PASCA BANJIR DARIPADA GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SEROK
Sesi penyerahan sijil pasca banjir daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Serok, Encik Ramlan bin Kamrin di iringi GPK HEM Pn. Rohani binti Yasin kepada Pegawai CSR PMS diketuai oleh Ts. Mohd Isa bin Abdul Rahim serta dua orang JK Tinggi CSR PMS.
Hasil daripada program serta bantuan banjir sebelum ini mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, masjid serta komuniti setempat dengan PMS, turut diadakan perbincangan untuk program bersama selepas ini.
Pihak sekolah amat menghargai jasa dan sumbangan team CSR PMS, staf dan para pelajar yang banyak membantu pihak sekolah serta komuniti ketika banjir besar awal tahun ini.
PROGRAM PELETAKAN TUKUN & SIGNAGE PMS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI TEMBIKAR (20 TAHUN PENUBUHAN PMS)
14 -18 OGOS 2023 (ISNIN - JUMAAT) : PROGRAM PELETAKAN TUKUN & SIGNAGE PMS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI TEMBIKAR (20 TAHUN PENUBUHAN PMS) DI KAMPUNG SALANG, PULAU TIOMAN.
Program rintis fasa pertama peletakan tukun "signage" PMS di Pulau Tioman sempena penubuhan PMS 20 tahun anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah diadakan dengan jayanya. Penglibatan delegasi yang diketuai oleh En. Harulnizam bin Mohamad, Ketua Jabatan JPH, 11 orang pensyarah JPH, wakil pelajar program Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), wakil YDP Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil ALUMNI JPH PMS.
En. Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi selaku Pengarah Program Peletakan Tukun dan Signage JPH memaklumkan, peletakan tukun ini akan menjadikan satu habitat tiruan baharu kepada pelbagai hidupan marin yang akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi selain memberi penerapan nilai tambah pelajar kepada komuniti dengan anjuran program CSR melalui kerjasama menaiktaraf fasiliti jeti Kampung Salang bagi tujuan tarikan pelancong.
Program aturcara perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof dan diiringi oleh Encik Muhammad Rafie bin Hamzah (TPSA) serta diserikan pula dengan simbolik perletakan tukun sedalam 6.5 meter dan perletakan signage sebagai mercu tanda tarikan pelancongan Kampung Salang.
Program ini telah mendapat kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Salang iaitu En. Sharif bin Rahmat dan komuniti setempat Kampung Salang. Projek berimpak tinggi ini diharapkan akan menjadi projek asas JPH bagi kesinambungan program-program peletakan dan penyelenggaraan tukun pada masa akan datang.
Published in: Berita Semasa
KURSUS KADAR PTTR (S) SIRI 2/2023
07.08.2023 (ISNIN) : MAJLIS PENUTUP KURSUS KADAR PTTR (S) SIRI 2/2023
Majlis Perasmian Penutup Kursus Kadar PTTR (S) Siri 2/2023 ini telah didisempurnakan oleh Lt. Kol Haji Mohd Fadzil bin Ngadiman, Ketua Cawangan Tadbir Rejimen 505 Askar Wataniah. Turut hadir Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tn. Hj. Che Alias bin Mohd Yusof.
Kursus ini bertempat di Felda Lepar Hilir 6 yang melibatkan seramai 23 orang pelajar PMS. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar PMS di atas pengurniaan Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Penuntut Akademik Terbaik.
26.07.2023 (RABU) : PMS RACING TEAM JUARA FMEC 2023.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada PMS Racing Team (JKM) kerana telah berjaya menjadi Johan Pembentangan Kategori EV & Johan Keseluruhan Kategori EV dalam Formula Motorsport Education Competition (FMEC) 2023.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 25-26 Julai 2023 dan telah disertai oleh 15 pasukan dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) di seluruh Malaysia. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi pada pertandingan yang akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan tenaga dan kerjasama kepada PMS Racing Team (JKM).
24.07.2023 (ISNIN) : Majlis Pelepasan Flag Off PMS Racing Team ke Pertandingan FMEC 2023.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS Tn. Hj Che Alias bin Mohd Yusof sambil diiringi oleh AMP PMS dan ahli pasukan PMS Racing Team di hadapan bangunan pentadbiran PMS pada jam 11.00 pagi.
Pertandingan FMEC 2023 bakal berlangsung di Sepang International Circuit pada 25 & 26 Julai 2023. Seluruh warga PMS mendoakan semoga PMS Racing Team beroleh kejayaan cemerlang di pertandingan FMEC 2023.
21.07.2023 (JUMAAT) : FLAG OFF KONTNIJEN MYPOLYCC PAHANG KE MYPOLYCC SPORT CARNIVAL 2023
Majlis Flag off Kontinjen MYPOLYCC Pahang telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan PMS pada jam 4.30 petang yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMS, En. Shahrul Nizam bin Mohamed dengan diiringi oleh TPSA dan KU JSKK.
Kontinjen ini akan beraksi di MYPOLYCC Sport Carnival 2023 bermula pada 23 Julai sehingga 27 Julai 2023. Seluruh warga PMS mendoakan semoga Kontinjen MYPOLYCC Pahang beroleh kejayaan cemerlang di karnival sukan ini.
Published in: Berita Semasa
12.07.2023 (RABU) : PROGRAM MYSIHAT TVET @ POLYCC 2023
Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah (PKPMS), Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Unit Teknologi Hijau PMS telah menganjurkan Program MySihat TVET @ POLYCC 2023 dan Sambutan 20 Tahun PMS pada 12 Julai 2023, dari jam 7.45 pagi hingga 10.00 pagi dan bertempat di Kompleks Sukan PMS.
Terdapat empat acara yang diadakan iaitu Fun Walk, Fun Ride, Hiking dan Colour Run yang disertai oleh hampir 150 kakitangan PMS dari pelbagai jabatan dan unit. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik di Kompleks Sukan PMS. Peserta Hiking pula memulakan acara di kaki Bukit Ridan Muadzam Shah.
Objektif program ini adalah untuk membudayakan aktiviti sukan untuk kesihatan di samping mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan PMS.
Published in: Berita Semasa
23.06.2023 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN JUN 2023
Perhimpunan bulanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan serta warga kerja PMS.
Tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini adalah Jabatan Perdagangan yang bertemakan Hari Raya Korban dengan kerjasama UIDM. Perhimpunan bulanan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang, lagu POLYCC, lagu Politeknik, bacaan doa, ikrar penjawat awam dan diikuti dengan perutusan daripada Pengarah PMS.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu, tayangan montaj, penyampaian Anugerah e-Dola PMS 2023, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan PMS diikuti dengan pengumuman daripada Jabatan dan Unit.
Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan keberkatan serta pahala yang berlipat ganda. Insya Allah.