Pusat Reskilling dan Upskilling (RUC)

Pusat Reskilling dan Upskilling (RUC) di POLYCC merupakan sebuah inisiatif inovatif yang dirancang untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan peningkatan kemahiran bagi golongan pekerja dewasa. Pusat ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti yang berfokuskan industri melalui kolaborasi strategik dalam pelbagai bidang, selaras dengan keperluan yang digariskan dalam New Industrial Master Plan (NIMP) 2030, National Energy Transition Roadmap (NETR), Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) sekaligus menyokong gagasan kerangka Ekonomi MADANI.
Konsep utama RUC adalah untuk menyediakan platform pembelajaran yang membolehkan “working adults” meningkatkan kompetensi mereka, yang meliputi keahlian, pengetahuan, dan kebolehan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas atau pekerjaan dengan lebih efektif. Ini sejajar dengan matlamat untuk mencapai gaji progresif, di mana peningkatan kemahiran akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya kenaikan gaji yang bersesuaian.
Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, RUC bertekad menjadi pemangkin dalam transformasi tenaga kerja negara. Penawaran program yang responsif terhadap keperluan NIMP 2030, NETR serta keperluan semasa, RUC juga fokus pada pengembangan keterampilan masa depan yang relevan dengan keperluan industri 4.0, seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi. Melalui upaya Reskilling dan Upskilling yang berterusan, RUC berupaya menghasilkan bakat yang tidak hanya kompeten secara teknikal, tetapi juga memiliki soft skills yang diperlukan untuk beradaptasi dengan perubahan masa kini.

Automation & Digital Excellence Centre (ADEC) adalah sebagai pusat latihan kemahiran, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula (RUC Politeknik Muadzam Shah) berasaskan konsep Time Sector Privatisation (TSP) dengan mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kepakaran Politeknik Muadzam Shah bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran negara. Pusat ini berfungsi sebagai medium untuk merapatkan jurang kemahiran dan teknologi melalui sinergi di antara industri dan POLYCC.
ADEC menawarkan modul latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran pekerja industri menghadapi revolusi industri dan teknologi. Reskilling merujuk kepada usaha pekerja mempelajari set kemahiran baharu untuk tugas pekerjaan berlainan. Upskilling pula memperkukuhkan kemahiran sedia ada atau mempelajari kemahiran tambahan berkaitan dengan jawatan semasa.
Visi
Menjadi pusat unggul dalam penyediaan latihan Reskilling dan Upskilling di negeri Pahang dengan memimpin perubahan dalam pembangunan kemahiran untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Misi
Menggalakkan sinergi berterusan dengan industri dalam pembentukan ADEC sebagai pusat latihan negeri Pahang bagi peningkatan bakat dan tenaga kerja melalui penerapan teknologi, perundingan, latihan bersepadu untuk memenuhi cabaran semasa bagi meningkatkan daya saing negara dalam arena global.
i) Memastikan peluang kemajuan kerjaya yang luas bagi setiap peserta modul program.
ii) Menyediakan modul program yang bersifat fleksibel dan dapat disesuaikan berdasarkan kehendak industri.
iii) Mencapai kepelbagaian dan keterangkuman dalam penyediaan modul program.
iv) Membina dan memperkukuhkan hubungan antara politeknik dan industri.

ADEC merupakan RUC Politeknik Muadzam Shah akan beroperasi pada peringkat awal dengan mempunyai dua kluster iaitu:
i) Kluster Automasi
Kluster ini dirancang untuk memenuhi permintaan terhadap pekerja mahir mahupun separa mahir dalam industri automasi yang semakin berkembang. Kluster ini akan menawarkan modul PLC Programming dan IoT Smart Industry yang mendapat pengiktirafan pensijilan daripada Human Factor Ergonomic Malaysia (HFEM).
ii) Kluster Digital
ADEC dirancang akan menjadi Digital Hub bagi negeri Pahang dengan penawaran beberapa modul di bawah kluster ini seperti Digital Entreprenuership dan Software Development (Web App dan Website). Pengiktirafan pensijilan akan dimeterai bersama industri Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Microsoft.

