Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Daerah Rompin

Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Daerah Rompin
12.10.2024 (Sabtu) : JPH Memenangi Pertandingan Rekacipta Kawasan Riadah & Rekreasi Rompin di Karnival Komuniti Lestari sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Daerah Rompin
 
Seramai 12 pelajar DRT2A, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti bersama pensyarah pengiring Puan Nur Shafinda Wani dan Puan Farrah Waheeda menyertai Karnival Komuniti Lestari Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Daerah Rompin di Pantai Hiburan Rompin pada 12 Oktober 2024. JPH menghantar 3 kumpulan pelajar bersama pensyarah bagi menyertai Pertandingan Rekacipta Model Kawasan Riadah dan Rekreasi Bandar Rompin.
 
Tahniah kepada tiga kumpulan dari Politeknik Muadzam Shah kerana telah berjaya membolot ketiga-tiga podium pertandingan bagi kategori IPT:
 
JOHAN (di bawah seliaan Puan Nur Shafinda Wani):
1.Muhammad Shahizzat bin Mohd Kamarulnashir
2.Muhammad Bilal Fawwaz bin Muhd Johari
3.Safura binti Roslan
4.Nurul Emyleeya Nazera binti Muhammad Faizal
 
NAIB JOHAN (di bawah seliaan Puan Farrah Waheeda):
1.Muhammad Harith Uzair bin Zulhisham
2.Adam Haikal bin Mazhairi
3.Nurainul Farhani binti Mohd hassan
4.Nurul Aishah binti Zahari
 
TEMPAT KETIGA (di bawah seliaan Puan Nadiahtul Aini)
1.Muhammad Hadif bin Mohd Rofi
2.Noralia Safika binti Mohd Ali
3.Suhairel Faries bin Suzaril Imran
4.Siti Nor Elina binti Azman
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.