LAWATAN KERJA DARI PAHANG SKILLS DEVELOPMENT CENTRE

LAWATAN KERJA DARI PAHANG SKILLS DEVELOPMENT CENTRE

19.9.2024 (Khamis) : JRKV Politeknik Muadzam Shah telah menerima kunjungan delegasi dari Pahang Skills Development Centre sempena Lawatan Kerja Penanda Aras bagi berkongsi pengalaman, memberikan input, serta berbincang mengenai pelaksanaan Adobe Certified Professional (ACP) dalam kalangan pelajar Pahang Skills.


Delegasi Pahang Skills ini diketuai oleh Encik Saifuramlan bin Sabudin, Penolong Pengarah Kanan Latihan Kemahiran, dan turut disertai oleh Puan Shahrina binti Zainuddin selaku Ketua Program Multimedia, bersama-sama Puan Norhayati binti Ramli dan Puan Nur Afiqah Solehah binti Mohd Anwar, masing-masing Pensyarah Multimedia.


Delegasi ini telah disambut mesra oleh Puan Zahana binti Yusoff, Ketua Jabatan JRKV PMS dan Encik Khairul Izhar bin Husni, Penolong Ketua Jabatan JRKV PMS bersama-sama beberapa orang pensyarah JRKV PMS. Pihak JRKV PMS juga berkesempatan membawa delegasi ini melawat fasiliti JRKV PMS serta melihat sendiri hasil karya pelajar JRKV PMS di Galeri JRKV.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Pahang Skills Development Centre atas kesudian melawat kampus JRKV PMS. Semoga perkongsian dan perbincangan ini memberi impak positif kepada para pelajar dalam usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi dalam bidang Rekabentuk Grafik.

Last modified on Friday, 20 September 2024 07:40