PROGRAM LAWATAN RANTAIAN NILAI PEMPROSESAN BERKAITAN INDUSTRI NANAS OLEH LPNM SARAWAK BERSAMA JAWATANKUASA KERJA SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN, INDUSTRI DAN USAHAWAN BETONG DIVISION DEVELOPMENT AGENCY (BDDA)
15.01.2025 : PROGRAM LAWATAN RANTAIAN NILAI PEMPROSESAN BERKAITAN INDUSTRI NANAS OLEH LPNM SARAWAK BERSAMA JAWATANKUASA KERJA SEKTOR PEMBANGUNAN PERNIAGAAN, INDUSTRI DAN USAHAWAN BETONG DIVISION DEVELOPMENT AGENCY (BDDA)
Lokasi:
1. Center of Technology (COT), Politeknik Muadzam Shah (PMS)
2. Tapak Pemprosesan Baja Kompos di Kebun Durian Pok Pin, Sungai Paha, Muadzam Shah Pahang
Objektif Program
Program Lawatan Penanda Aras Ke Rantaian Nilai Pemprosesan Berkaitan Industri Nanas Ke Negeri Johor Dan Pahang ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dan melihat sendiri dengan lebih jelas tentang fasiliti dan proses pengurusan sisa nanas untuk dijadikan baja kompos.
Agenda Utama
1. Pembentangan Projek Kerjasama Pembuatan Media Tanaman
Disampaikan oleh:
Dr. Norhafzan (Ketua Unit Pembangunan Teknologi, COT, PMS
En. Mat Ariffin Ibrahim (Pengasas Pok Pin Muadzam Trading
o Fokus pembentangan:
o Penggunaan campuran tanah kompos dan daun nanas dalam media tanaman.
o Proses melibatkan penggunaan sisa buangan nanas untuk menghasilkan baja organik berkualiti tinggi.
2. Lawatan tapak penghasilan baja kompos sisa nanas di Kebun Pok Pin, Sungai Paha Muadzam Shah.
Delegasi yang Hadir
Antara delegasi yang hadir dalam program ini termasuk:
1. YB Tuan Hj Razali bin Hj Gapor - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.29 Beting Maro
2. En. ABG Mohamed bin ABG Turkey – Pegawai Tadbir Khas Betong Division Development Agency (BDDA)
3. En. Jamain bin Wahab – Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Pusa
4. En. Ahmad Arisa bin Kachon – Pegawai Pertanian Bahagian Doa Betong
5. En. Leo bin Toni – Pegawai Penyelidik Doa Betong
6. Tuan Haji Hamzah Fawwas Bin Abd Rani, Ketua Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Cawangan Samarahan,
7. Jawatankuasa Kerja Sektor Pembangunan Perniagaan, Industri dan Usahawan Betong Division Development Agency (BDDA)
Program ini turut disertai oleh
1. En. Shahrul Nizam, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Muadzam Shah (PMS)
2. En. Mohd Helmi bin Salleh – Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMS
3. Pegawai Pertanian Daerah Rompin
4. Wakil Syarikat Rompine
5. En. Talib, Tok Empat Kota Satelit
6. En. Firdaus, Pengerusi Masjid Bandar Satelit
7. Dr. Nurul Afizah Binti Adnan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
8. AJK ARCTech
9. Pegawai-pegawai LPNM Negeri Pahang,
10. wakil-wakil pengusaha pertanian setempat, serta
11. Pegawai dan kakitangan Center of Technology, Politeknik Muadzam Shah.
Hasil dan Impak Lawatan
• Program Lawatan Rantaian Nilai Pemprosesan Berkaitan Industri Nanas oleh LPNM Sarawak bersama Jawatankuasa Kerja BDDA telah berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pendedahan kepada delegasi tentang teknologi pemprosesan sisa nanas dan potensi penggunaannya dalam sektor pertanian.
• Lawatan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan industri hiliran nanas, sekali gus menyumbang kepada kelestarian sektor pertanian dan pengembangan ekonomi tempatan.
Read 26 times
Published in: Berita Semasa