DIALOG MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA & INDUSTRI, MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEREKA PERINDUSTRIAN BERTAULIAH (CIDe) 2024

DIALOG MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA & INDUSTRI, MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEREKA PERINDUSTRIAN BERTAULIAH (CIDe) 2024
12.12.2024 (KHAMIS): Seramai 9 orang Pensyarah & 23 orang Pelajar JRKV Politeknik Muadzam Shah telah menyertai Dialog Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) & Industri serta Majlis Penyampaian Sijil CIDe 2024. Jemputan ini adalah rentetan daripada program VISCOM23 tempoh hari yang telah dirasmikan sendiri oleh YBrs. Encik Amirul Fadhli bin Che Ismail, Pengarah MRM.
 
Program hari ini mengumpulkan pereka, ahli akademik, dan profesional industri untuk membincangkan isu-isu semasa, cabaran, dan peluang dalam industri rekabentuk. Selain itu, majlis ini juga memberi penghormatan kepada pereka perindustrian yang telah mencapai tahap profesionalisme dan kepakaran melalui pengiktirafan sebagai Pereka Perindustrian Bertauliah (CIDe).
 
Diharapkan juga program ini dapat memberi maklumat, pendedahan serta pemahaman kepada warga JRKV PMS yang hadir terutama para pelajar tentang amalan terbaik dalam bidang rekabentuk melalui pengalaman sebenar yang dikongsi oleh pakar industri.
Semoga program ini dapat mendorong warga JRKV PMS dan Polytechnic of Muadzam Shah untuk lebih kreatif dan berinovasi dalam menghasilkan karya yang berkualiti serta terinspirasi dengan perkongsian pengalaman oleh panel jemputan yang berpengaruh dalam bidang rekabentuk.
 
Terima kasih diucapakan juga kepada pihak MRM atas jemputan ini.
 

Last modified on Monday, 16 December 2024 02:05