Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Bumbung dan Talang Air Hujan Politeknik Muadzam Shah

Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Bumbung dan Talang Air Hujan Politeknik Muadzam Shah
26.11.2024 (SELASA) : Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Bumbung dan Talang Air Hujan, Politeknik Muadzam Shah. Acara menandatangani Sijil Penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat (KMN), Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ir. Ts. Norfaizal bin Mohamed Salleh, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Pekan Pahang dengan diiringi dan disaksikan oleh, Encik A. Azman bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pengarah Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan Ir. Mahadir bin Masihat, Jurutera Awam Kanan Bahagian Struktur dan Rekabentuk, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, TPA dan TPSA. Turut hadir, barisan pegawai dari JPPKK, JKR, Encik Mohamad Rafie bin Hamzah, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan PMS, wakil kontraktor dan Ahli Mesyuarat Pengurusan PMS. Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada urusetia dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.