Festival Kesenian Islam POLYCC Peringkat Kebangsaan 2024

Festival Kesenian Islam POLYCC Peringkat Kebangsaan 2024
16.10.2024 (Rabu): Sekalung tahniah diucapkan kepada kontijen Jabatan Pengajian Am (Unit Pengajian Islam) ke Festival Kesenian Islam POLYCC Peringkat Kebangsaan 2024 di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan berjaya merangkul tiga Johan bagi acara Tilawah al-Quran (Perempuan), Ejaan & Tulisan Jawi dan yang paling manis adalah dalam acara Nasyid. Kumpulan nasyid, D'Chosen One PMS berjaya menewaskan 14 pasukan dari politeknik dan kolej komuniti yang lain.
 
Sementara itu dalam acara Tilawah al-Quran (Lelaki), PMS berjaya mendapat tempat ketiga. Kejayaan manis PMS di kejohanan Festival Kesenian Islam 2024 diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Akademik En. Shahrul Nizam Mohamed yang turut sama meraikan kejayaan ini.
 
Berikut disenaraikan bintang-bintang PMS yang bersinar di FKI 2024 Peringkat Kebangsaan pada kali ini.
 
::: JOHAN :::
D'Chosen One - Nasyid
- Muhammad Aiman Haqeem bin Mohd Hasrul
- Muhammad Aizat Fahim bin Mohd Hamim
- Muhammad Abdullah bin Azhar
- Muhammad Syahmir bin Hisam
- Ahmad Faris Danial bin Mat Kadri
- Muhammad Azil Ashraff bin Mohamad Azli
- Muhammad Amin Aqasyah bin Azlan
- Muhammad Saiful Azroy bin Mohd Saharuddin
 
Tilawah al-Quran (Perempuan)
- Nur Syazwana binti Mohd Judda
 
Tulisan Jawi
- Auni Umairah binti Mohd Fitri
 
::: KETIGA :::
Tilawah al-Quran (Lelaki)
- Muhammad Nur Himawi bin Mohd Fu'ad
 
::: SAGUHATI :::
- Muhammad Akmal bin Mohd Hafiz (hafazan)
- Zahira Sofea binti Zaki (hafazan)
- Muhammad Hisyam bin Hazlan (khat)