PROGRAM PELETAKAN TUKUN & SIGNAGE PMS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI TEMBIKAR (20 TAHUN PENUBUHAN PMS)

PROGRAM PELETAKAN TUKUN & SIGNAGE PMS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI TEMBIKAR (20 TAHUN PENUBUHAN PMS)
14 -18 OGOS 2023 (ISNIN - JUMAAT) : PROGRAM PELETAKAN TUKUN & SIGNAGE PMS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI TEMBIKAR (20 TAHUN PENUBUHAN PMS) DI KAMPUNG SALANG, PULAU TIOMAN.
Program rintis fasa pertama peletakan tukun "signage" PMS di Pulau Tioman sempena penubuhan PMS 20 tahun anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah diadakan dengan jayanya. Penglibatan delegasi yang diketuai oleh En. Harulnizam bin Mohamad, Ketua Jabatan JPH, 11 orang pensyarah JPH, wakil pelajar program Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT), wakil YDP Majlis Perwakilan Pelajar dan wakil ALUMNI JPH PMS.
En. Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi selaku Pengarah Program Peletakan Tukun dan Signage JPH memaklumkan, peletakan tukun ini akan menjadikan satu habitat tiruan baharu kepada pelbagai hidupan marin yang akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi selain memberi penerapan nilai tambah pelajar kepada komuniti dengan anjuran program CSR melalui kerjasama menaiktaraf fasiliti jeti Kampung Salang bagi tujuan tarikan pelancong.
Program aturcara perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof dan diiringi oleh Encik Muhammad Rafie bin Hamzah (TPSA) serta diserikan pula dengan simbolik perletakan tukun sedalam 6.5 meter dan perletakan signage sebagai mercu tanda tarikan pelancongan Kampung Salang.
Program ini telah mendapat kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Salang iaitu En. Sharif bin Rahmat dan komuniti setempat Kampung Salang. Projek berimpak tinggi ini diharapkan akan menjadi projek asas JPH bagi kesinambungan program-program peletakan dan penyelenggaraan tukun pada masa akan datang.