PROGRAM PENGANTARABANGSAAN EKSPLORASI BUDAYA BANGKOK
30.08.2023 - 03.09.2023 (RABU-AHAD) : PROGRAM PENGANTARABANGSAAN EKSPLORASI BUDAYA BANGKOK ANJURAN BAPP, JPPKK DENGAN KERJASAMA POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) DAN SEKRETARIAT KEBUDAYAAN POLYCC.
 
Pensyarah PMS, Cik Syuhairah Lee telah mengetuai delegasi dari Politeknik Muadzam Shah (PMS) ke Bangkok, Thailand bersama seorang pelajar PMS, iaitu Nur Sahidah Binti Mohd Sahid, pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan yang telah mengambil bahagian dalam Program Pengantarabangsaan Eksplorasi Budaya Bangkok anjuran BAPP, JPPKK dengan kerjasama Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Sekretariat Kebudayaan POLYCC.
 
Program ini melibatkan 12 Politeknik, yang terdiri daripada 22 Pegawai dan 13 orang pelajar institusi Politeknik Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, di ibu pejabat rantau Asia UNESCO dan SEAMEO. Pelajar PMS telah memakai sepersalinan lengkap busana tradisi Pahang dan turut terlibat dalam persembahan tarian tradisional iaitu persembahan Tarian Kurik Kundi bersama politeknik lain ketika di UNESCO.
 
Selain itu terdapat aktiviti perkongsian ilmu bersama institusi Pendidikan Siam Business Administration & Technological College (SBAC) melalui ‘The Best Practices in Asean TVET Institution’
 
Delegasi politeknik Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Program Tanggungjawab Sosial (CSR) melalui perkongsian Edu Budaya di Kg. Melayu Lat Phrao. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat tanjak, gronong, mewarna dan kit jenazah.
 
Berikutnya, jelajah warisan Kota Ayutthaya yang dikenali sebagai Kota Raja- Raja. Program ini telah banyak memberi manafaat kepada mereka yang terlibat. Kerana pelbagai aspek sosial, budaya, pendidikan, disiplin dalam membentuk sahsiah diri pelajar dan pegawai. Peserta juga dapat mempelajari sesuatu yang baru yang tidak mungkin diperolehi didalam kuliah.

Last modified on Monday, 04 September 2023 04:39