MESYUARAT PENUTUP PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2023

MESYUARAT PENUTUP PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2023
08.09.2023 (KHAMIS) : Mesyuarat Penutup Pemantauan MS ISO 9001:2015 Tahun 2023 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Ridan dan telah dipengerusikan oleh Pengarah PMS, Tn. Haji Che Alias bin Mohd Yusof. Tahniah diucapkan kepada Unit Jaminan Kualiti PMS dan semua pegawai PMS yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pengauditan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd., iaitu Puan Nur Hana Roshida binti Hairudin dan Puan Chua Mea Keng yang telah sudi meluangkan masa untuk melaksanakan pengauditan.