Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023

Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023
Seramai dua (2) orang staf dan lima (5) orang pelajar PMS telah dipilih untuk menyertai Kontinjen Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP). di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023.
 
SiPMA 2023 berlangsung pada 10 hingga 17 September di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak dengan melibatkan lapan majlis sukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan KPT.
 
Dua (2) orang staf PMS yang terlibat adalah Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusoff selaku Ahli Majlis Tertinggi MSP merangkap Pengerusi PKAT Olahraga Politeknik dan En. Azlan bin Ali (Ketua Kursus Kokurikulum – JSKK) merangkap Pengurus Pasukan Olahraga.
 
Lima orang pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :-
1. Nur Aliya bte Ahmad Suhaili - DAT (JP) - OLAHRAGA
2. Keshvicc Rubaness A/L Srimahran – DRA (JKM) - OLAHRAGA
3. Noraqilah bte Baharom - DRT (JPH) - BOLA JARING
4. Nurnajihah bte Mohd Sukri - DRT (JPH) - HOKI
5. Muhammad Hakimi bin Hairilnizam - DMC (JRKV) – BOLA SEPAK