PERBARISAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-66 OLEH WARGA PMS

PERBARISAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-66 OLEH WARGA PMS
31.08.2023 (KHAMIS) : PERBARISAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-66 OLEH WARGA PMS
Pada 31 Ogos 2023, kontijen perbarisan yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 3 pegawai PMS terlibat dalam menjayakan program perarakan di Dataran Sri Rompin yang melibatkan pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan dan kelab pelajar, serta pelajar Semester 1 yang baru mendaftar.
Penyertaan ini adalah bermanfaat dalam memastikan masyarakat setempat mengenali PMS sebagai peneraju TVET yang unggul. Kejayaan yang ditempa oleh pelajar dan staf JKM di dalam pertandingan FMEC SIC turut diwar-warkan sebagai tanda kebanggaan serta kebolehpasaran graduan PMS di peringkat Global.