KEJOHANAN CATUR TERTUTUP ROMPIN 2023

KEJOHANAN CATUR TERTUTUP ROMPIN 2023
08.11.2023 : Telah berlangsung Kejohanan Catur Tertutup Rompin 2023 di Dewan Seri Gading Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Peserta adalah dikalangan pelajar Sekolah Rendah sekitar Rompin dan diperingkat Politeknik acara staf dan pelajar juga turut dipertandingkan.
Seramai 380 orang peserta yang terlibat dalam kejohanan ini. Kejayaan dalam melaksanakan kejohanan ini juga adalah hasil kerjasama diantara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PMS, Kelab Catur dan pelajar sukarelawan serta wakil guru-guru sebagai Arbiter didalam pengendalian kejohanan ini. PMS sangat mengalu-alukan penganjuran program yang melibatkan komuniti, sebagai pendokong kemajuan bakat.