PERHIMPUNAN BULANAN (SEPTEMBER/OKTOBER) 2023 & APRESIASI KECEMERLANGAN PMS

PERHIMPUNAN BULANAN (SEPTEMBER/OKTOBER) 2023 & APRESIASI KECEMERLANGAN PMS
20.10.2023 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN (SEPTEMBER/OKTOBER) 2023 & APRESIASI KECEMERLANGAN PMS
 
Majlis perhimpunan bulanan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan serta warga kerja PMS. Tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini adalah JKM dan JTMK dengan kerjasama UIDM.
Perhimpunan bulanan pada kali ini disambut bersekali dengan Hari Akademia 2023 di peringkat Politeknik Muadzam Shah. Pada majlis ini turut diadakan kutipan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin.
 
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga ia menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada semua staf PMS terutamanya para akademik untuk terus maju dan berjaya.