PROGRAM RECREATIONAL EXPOSE CAMP DI POLITEKNIK MUADZAM SHAH (ReCap 2023)

PROGRAM RECREATIONAL EXPOSE CAMP DI POLITEKNIK MUADZAM SHAH (ReCap 2023)
8 - 9. 11.2023 : Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam di bawah Kursus DTO40083 Recreational Planning and Programming. Penglibatan program ini turut disertai oleh 50 orang pelajar SMK Tanjung Gemok.
 
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :
1. Menanamkan minat para pelajar SMKTG untuk melanjutkan pengajian.
2. Memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah berkaitan aktiviti-aktiviti dalam program Diploma Rekreasi.
8 NOVEMBER 2023
(Hari Pertama)
Pada hari Rabu jam 6.30 pagi, pelajar tiba dari SMK Tanjung Gemok ke PMS. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang hari pertama di padang JPH adalah dimulakan dengan senamrobik dan pemasangan khemah.
Selain itu juga, pelajar SMK Tanjung Gemok juga dilatih dengan teknik asas kemahiran seperti berikut:
Aktiviti kayak, Orienteering, asas berenang dan asas pengendalian bot.
 
9 NOVEMBER 2023
(Hari Kedua)
Pada hari khamis jam 6.00 pagi pelajar SMK Tanjung Gemok melakukan persiapan diri dan mengemas khemah. Kemudian, dimulakan dengan senamrobik. Seterusnya pelajar akan melakukan aktiviti musang berjanggut, pisang goreng,dengar arahan, Yes & No. Seterusnya, Majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah.
Program ini juga melibatkan rakan industri iaitu Redtma dimana pihak Redtma telah menyumbangkan 1 set wall climbing (berketinggian 7meter) bagi kegunaan aktiviti pelajar SMK tanjung gemok dan kepada pelajar PMS.
Pihak Redtma telah berbesar hati untuk menjayakan program ini dengan meletakkan set wall climbing nya sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak REDTMA atas sumbangan yang diberikan.
Pihak penganjur juga berterima kasih pada PPD Rompin, Smk Tanjung Gemok dan MRSM Muadzam atas kerjasama yang diberikan bagi menjalankan program ini. Sekian, Terima Kasih
Program dibawah selian oleh :
1. Cik Nadiahtul Aini Binti Kamarudin
2.En. Mohd Rahimi Bin Mohd Shahimi
3. En. Mohd Rasidi Hazman Bin Abdul Hamid
Dibantu oleh 9 org alumni :
1. Yang Nur Aini Suraiya Binti Zorainalakma
2. Nur Alia Aleesa Binti Mohd Yusri
3. Azli Azhar Bin Mohd Ali
4.Muhammad Aqil Waqiuddin Bin Faizal,
5. Muhammad Alif Akmal Bin Mohd Adnan
6. Nabil Asyraf Bin Wagimin, Muhammad Izzuddin Bin Berhanudin
7.Muhammad Ikhwan Bin Rosmi
8.Saiful Ridhwan Bin ismayatim
9. Harith Farhan Salikin Bin Abdullah.