Program Kembara Tok Gajah, Pekan Pahang

Program Kembara Tok Gajah, Pekan Pahang
13 April 2023 (Khamis) : Program Kembara Tok Gajah, Pekan Pahang.
Pelajar semester 5, Diploma Pelancongan Rekreasi telah menganjurkan Program Kembara Tok Gajah di bawah kursus Community Based Tourism.
 
Pengisian program yang memuatkan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti pemindahan kemahiran insaniah di Pusat Latihan Tenun Cheminah Sayang, perkongsian pengetahuan dalam pembuatan Puding Raja di Kampung Mengkasar juga berbuka puasa di Padang MPK Kuantan. Misi Kembara Tok Gajah kali ini merupakan satu pelaksanaan Corporate Social Responsibility (CSR) untuk mengenali budaya di Negeri Pahang. Dengan berlangsungnya program ini, diharapkan ianya dapat mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan antara pelajar Politeknik Muadzam Shah dengan komuniti di sekitar Pahang.
 
Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengendalikan penganjuran program kesukarelawan serta memupuk rasa keprihatinan mengenai budaya kepada masyarakat dan komuniti selain daripada memenuhi keperluan kursus yang diambil.
 
Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Tenun Cheminah Sayang Sdn. Bhd. Pekan, Puan Mazura dan Encik Aidy Hayazi bin Adnan, Pengurus Puding Raja Kampung Mengkasar atas kesudian dan hospitaliti melayani kunjungan pelajar Politeknik Muadzam Shah. Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Hariati binti Hamdan, Puan Nur Fadillah Mat Ariffin, Cik Nadiahtul Aini binti Kamarudin, Mohd Rahimi bin Mohd Shahimi dan Puan Ku Zuzarmiza binti Zulkiffli serta Pelajar DRT5A Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dalam memperkasa budaya komuniti setempat.