Program Literasi Kewangan

Program Literasi Kewangan
20 Mac 2023 (Isnin) : Program Literasi Kewangan bersempena Global Money Week 2023 anjuran POLYCC yang bersiaran secara langsung dari jam 10.00 pagi - 12 tengahari di semua politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.
Bersempena dengan Global Money Week 2023 yang disambut mulai 20 hingga 26 Mac 2023 di seluruh dunia dengan tema "Plan Your Money, Plan Your Future", Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia Book of Records (MBOR).
Program ini melibatkan sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti yang terdiri daripada pelajar dan staf secara serentak sekaligus berjaya melakar sejarah mencatatkan seramai 38,847 penyertaan untuk direkodkan di dalam Malaysia Malaysia Book of Records (MBOR). Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Impak kepada program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran kewangan sekaligus menggalakkan kepelbagaian kaedah penyampaian PdP, dengan penglibatan industri sebagai tenaga pengajar serta mewujudkan kerjasama baik antara agensi seperti AKPK yang merupakan agensi di bawah Bank Negara Malaysia serta memperlihatkan kolaborasi dan sokongan industri kepada institusi TVET
Program literasi kewangan melalui keterlibatan pelajar secara besar-besaran dan serentak di seluruh Malaysia dengan AKPK sebagai ahli jaringan kewangan (FEN) melalui inisiatif literasi kewangan negara (2019-2023) yang diberi mandat dalam mendidik masyarakat bagi mewujudkan jawatankuasa dalam melaksanakan gerak kerja program literasi kewangan menyeluruh (Konsep, pembangunan prgram, modul latihan) yang meliputi seluruh warga JPPKK.
Politeknik Muadzam Shah telah disertai oleh 1,303 orang peserta melibatkan pelajar keseluruhan jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.