PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MAC & APRIL 2023

PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MAC & APRIL 2023
07.04.2023 (JUMAAT) : PERHIMPUNAN BULANAN PMS BAGI BULAN MAC & APRIL 2023
Perhimpunan bulanan gabungan bulan Mac dan April ini telah disempurnakan oleh Pengarah PMS, Tuan Hj. Che Alias bin Mohd Yusof dan turut dihadiri oleh warga kerja PMS.
Tuan rumah pada perhimpunan bulanan kali ini adalah Unit Pentadbiran, Unit Komunikasi Korporat, Unit Perolehan dan Unit Perhubungan dan Latihan Industri yang bertemakan "Ramadan Al-Mubarak" sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia. Perhimpunan bulanan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang, lagu POLYCC, lagu Politeknik, bacaan doa, ikrar penjawat awam dan diikuti dengan perutusan daripada Pengarah PMS.
Majlis kemudiannya diserikan pula dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh (APC) bagi bulan Februari 2023, Apresiasi Staf, pengumuman kenaikan pangkat, tayangan vt aktiviti setiap jabatan, hari lahir staf (Mac & April), kelahiran cahaya mata, perkahwinan, kemasukan staf baru, kuiz santai dan perkongsian istimewa daripada Dr. Mohd Shahril bin Mohd Hassan@Abdul Ghani mengenai rezeki dan keimanan.
Majlis diakhiri dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Al Fadhil Tuan Qadhi, Mohd Farik bin Jamaluddin yang merupakan jemputan khas dari Pejabat Agama Islam Muadzam Shah. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan keberkatan serta pahala yang berlipat ganda. Insya Allah.