PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II : 2023/2024

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II : 2023/2024
29.01.2024 (ISNIN) : PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI II : 2023/2024
Seramai 157 orang pelajar baharu Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah berjaya melalui proses pendaftaran bagi kemasukan Sesi II 2023/2024 hari ini. Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada hari ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 : 2023/2024, MPP, Alumni PMS, jabatan serta unit yang terlibat.
Pihak Pengurusan Tinggi PMS mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menyambung pengajian di PMS. Semoga para pelajar baharu dapat memanfaatkan peluang ini untuk merealisasikan cita-cita dan impian mereka.