MAJLIS ANUGERAH GEMILANG PELAJAR POLYCC 2023

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG PELAJAR POLYCC 2023
15.02.2024 (KHAMIS) : MAJLIS ANUGERAH GEMILANG PELAJAR POLYCC 2023
 
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada saudara Idham bin Ieslah, pelajar JRKV PMS kerana telah memperolehi Anugerah Gemilang Kemahiran Politeknik di Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC 2023 yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC 2023.
 
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pegawai UHEP, En. Syahmi bin Mohd Zahir dan seorang wakil pelajar PMS yang turut mendapat pencalonan.
Sekalung ucapan tahniah ditujukan kepada beliau daripada seluruh warga PMS di atas kejayaan ini.